Sumber : Utusan Malaysia Online di
http://www.utusan.com.my/
Sektor industri dalam novel terbaru DBP
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
NOVEL sama seperti genre-genre kreatif lain, merupakan wadah yang digunakan oleh penulis bagi mengisahkan tentang pelbagai tema serta jalan cerita sama ada ia rekaan atau benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian.Oleh itu, tema yang diketengahkan rencam sifatnya. Industri yang saling berkait rapat dengan dunia perniagaan misalnya merupakan antara subjek yang sering diutarakan menerusi novel seiring dengan perjalanan sesebuah cerita yang dikisahkan.
Meskipun sesebuah industri itu bersifat kecil ataupun sederhana tetapi ia banyak memainkan peranannya dalam mengembangkan lagi watak-watak dalam sesebuah novel tersebut.
Malah, paling menarik apabila subjek tentang dunia industri yang cukup luas cakupannya itu secara tidak langsung telah diketengahkan menerusi 14 novel terbaru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Karya-karya tersebut ialah Menuju Puncak, Desir Angin Di Pergunungan, Ketika Embun Menitis, Aroma Hati, Kasih Bertaut, Meniti Batas, Menggapai Puncak, Tinta Elipsis, Mencari Teduh Di Kuala, Kirana, Di Sebalik Mentari Jingga, Air Mata Ibu, Tirani dan Lagukan Senandung Itu.
Menggapai Puncak karya Razali Endun misalnya, mengetengahkan tentang industri pengangkutan yang membabitkan bas mini dan feri di mana ia banyak membantu mengembangkan penceritaan novel itu.
Watak Ujang yang digambarkan sebagai anak kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi terpaksa meninggalkan kampung halamannya untuk mencuba nasib di rantau orang.
Menurut Razali, terdapat banyak unsur imbasan semula dalam mewarnai perjalanan cerita Ujang yang menaruh hati terhadap Milah tetapi ia tidak mengaburi penghayataan pembaca.
"Apa yang cuba saya ketengahkan dalam novel ini antara lain berdasarkan pengalaman saya sewaktu terbabit dalam industri pengangkutan membabitkan bas mini suatu ketika dulu.
"Semua itu saya garap bagi menguatkan lagi jalan cerita dan watak Ujang dalam usahanya untuk menggapai cita-cita dalam hidupnya itu," katanya ketika ditemui di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Novel Kasih Bertaut karya Zamidah Hashim bukan setakat memaparkan pertautan kasih sayang dan dilema hubungan suami isteri tetapi beliau turut menyelitkan tentang perjalanan industri makanan kesihatan jenama Orang Kampung (OK).
Jenama OK mungkin cuma sekadar suatu produk industri yang diketengahkan tetapi intipati perjalanan cerita yang melatari novel itu lebih kepada watak tuan punya jenama tersebut.
Zamidah menggunakan perjalanan pengalaman sebenar pengusaha jenama OK iaitu Manggar Hanif sebagai tonggak cerita yang menggambarkan tentang jatuh bangun usahawan itu dalam bidang perniagaan.
"Hampir 80 peratus daripada jalan cerita ini merupakan kisah benar Manggar. Saya minta kebenaran daripadanya yang merupakan orang kampung saya di Teluk Mas, Melaka. Dia memberi kebenaran kepada saya menggunakan serba sedikit tentang pengalamannya itu," ujarnya.
Biarpun Kasih Bertaut menyerlahkan perniagaan OK yang antara lain mengeluarkan produk minuman herba Tongkat Ali tetapi konflik watak utama novel ini dengan isterinya merupakan persoalan utama yang cuba dipaparkan.
Selain industri pengangkutan dan makanan, Noor Hanisah Othman pula cuba merungkai di sebalik kepayahan watak Wafa yang mengharungi kepayahan mengusahakan pusat bimbingan kanak-kanak menerusi novel berjudul Menuju Puncak.
"Pusat bimbingan kanak-kanak yang diusahakan Wafa itu cuma sekadar subjek atau simbolik sahaja, sebaliknya falsafah tentang kesungguhan demi mengejar kejayaan yang tidak pernah berakhir merupakan tema novel itu," katanya.
Sementara itu, Ibnu Ahmad Al Kurauwi menerusi novelnya yang berjudul Tinta Elipsis pula memaparkan tentang industri penerbitan seperti buku sekolah dan majalah.
Kesibukan watak Amir menerusi novel itu dalam tugasannya dalam bidang penerbitan telah mencetuskan sedikit masalah daripada segi pembahagian masa bersama isterinya.
Kata Ibnu Ahmad atau nama sebenarnya, Azman Ahmad, 60 peratus daripada jalan cerita Tinta Elipsis merupakan pengalamannya sendiri dalam dunia penerbitan, manakala selebihnya berdasarkan cerita imaginasinya sendiri.
"Amir digambarkan sebagai seorang yang kuat bekerja di mana sikapnya itu akhirnya menjerumuskannya dalam suatu dilema. Hinggalah pada penghujung novel ini, dia membuat satu keputusan.
"Sebab itu, saya gunakan judul novel ini sebagai elipsis yang bermaksud tiga noktah (...) di mana ia menggambar seperti suatu teka-teki," ujarnya.
Kesemua 14 Novel itu akan dilancarkan di DBP pada 7 Jun ini di mana ia bakal disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
SEJELITA DI HATI
INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.
Isnin, Mei 26, 2008
Isnin, Mei 19, 2008
CERITA SI MISKIN DAN SI KAYA 2

SI MISKIN dan Saudagar Kaya masih lagi berjiran. Setiap hari Sudagar membilang wangnya yag semakin bertambah. Perniagaannya semakin berjaya. Namun hatinya sering bimbang. Dia bimbang jika dirinya dirompak. Paling malang, jika keselamatan dia dan isterinya terancam.
Si Miskin masih lagi hidup seperti dulu. Anak-anak Si Miskin masih lagi kekurangan makanan. Sungguhpun begitu, mereka masih lagi bergembira seperti dahulu. Si Kaya sentiasa mendengar suara gelak tawa dan gurau senda Si Miskin sekeluarga. Dia amat cemburukan kehidupan Si Miskin. Dia mula memikirkan cara untuk mengganggu kebahagiaan Si Miskin.
Suatu hari, Si Kaya pergi ke rumah Si Miskin. Dia membawa sepeti duit.
'Kau tidak perlu lagi bersusah payah bekerja sebagai tukang kasut. Aku mahu mengupah kamu dengan bayaran yang lumayan untuk menjaga hartaku ini.' Saudagar kaya membuat tawaran kepada Si Miskin.
Si Miskin senang hati. Dia menerima tawaran itu.
Mulai hari itu, Saudagar kaya tidak perlu lagi mengira wang dagangannya. Dia serah semuanya kepada Si Miskin yang jujur itu. Dia pulang ke rumah dengan lapang dada dan fikiran sambil berbual-bual dengan isterinya.
Sebaliknya, Si Miskin yang menyangkakan kerjanya mudah, mula merasakan tekanan dalam menjalankan tanggungjawabnya. Dia sentiasa resah dan bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya. Bagaimana kalau harta saudagar kaya itu dicuri? Tentu dia yang mesti menggantikannya. Bagaimana kalau dicuri? Akhirnya, Si Miskin tidak lagi dapat bergurau dan berbual dengan keluarganya. Anak-anaknya sering dimarahi. Mereka tidak lagi hidup bahagia.
Suatu hari, Si Miskin berfikir panjang. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memulangkan semula wang Saudagar kaya.
'Mengapa kau tidak mahu bekerja denganku lagi?' Saudagar Kaya ingin tahu.
'Hartamu ini membawa susah pada kehidupanku. Aku lebih senang jadi tukang kasut dan hidup seperti dahulu.'
Sedarlah saudagar kaya bahawa kekayaan yang dimiliknya menjadikan dirinya tidak bahagia. Betullah kata Si Miskin itu. Dia berfikir lagi, agaknya, sikapnya yang sombong dan kedekut menjadikannya tidak gembira.
Mulai hari itu, hidup Si Miskin kembali ceria. Manakala Saudagar kaya telah berubah sikap. Sebahagian keuntungan hasil dagangannya disedekahkan kepada fakir miskin. Dengan cara itu dia dapat menikmati kehidupan yang ceria sebagaimana yang dialami oleh jirannya Si Miskin.
CERITA SI MISKIN DAN SI KAYA 1

Seorang saudagar kaya tinggal bersama isterinya di sebuah rumah (macam istana) di atas bukit. Jirannya adalah sebuah keluarga miskin yang tinggal dalam sebuah pondok buruk di lereng bukit. Adapun saudagar kaya ini sering tidak senang hati. Setiap hari dia mengira wang hasil dagangannya. Dia tahu kekayaannya semakin bertambah. Tetapi hatinya sering tidak bahagia. Saudagar kaya itu amat hairan dengan hidup si miskin sekeluarga.
"mengapa keluarga miskin itu kelihatan sentiasa gembira ?" Saudagar itu amat hairan. Diapun berikrar mahu menyiasat...
Suatu petang, saudagar kaya turun ke lereng bukit di mana terdapat pondok buruk Si Miskin sekeluarga tingga. Dia mahu memerhati cara hidup Si Miskin.
'Pasti Si Miskin ini ada rahsia.' Dia berbisik pasti. Ketika itu Si Miskin yang kerjanya membaiki kasut terpakai sudah pulang ke rumahnya.
Setelah Si Miskin mandi, dia bersolat jemaah. Kemudian mereka makan malam. Setelah makan, mereka berbual dan bercerita. Saudagar kaya amat cemburu dengan kemesraan dan kebahagiaan Si Miskin bersama isteri dan anak-anaknya.
"mungkin juga aku tiada anak, menyebabkan aku tidak bahagia" Saudagar membuat kesimpulan.
Esoknya, saudagar kaya datang ke rumah Si Miskin. Dia mahu memohon kebenaran untuk membawa seorang anak Si Miskin untuk tinggal di rumah besarnya selama seminggu. Pada mulanya, Si Miskin ragu-ragu dengan hasrat jirannya yang tidak pernah menegurnya, tetapi akhirnya dia membenarkan.
Sehari anak Si Miskin di rumah saudagar, dia rasa gembira kerana saudagar itu menghadiahkannya barang-barang yang mahal. Masuk hari kedua dan seterusnya, anak Si Miskin mula terasa rindu akan keluarganya. Anak Si Miskin kerap termenung dan kelihatan sedih. Saudagar kaya masih tidak rasa gembira walaupun dia sudah mempunyai anak.
'Nampaknya kehadiran anak dalam hidupku juga tidak mendatangkan kegembiraan. Lebih baik aku pulangkan saja anak ini kepada keluarganya. Lagipun buat apa aku menjaga mereka dengan percuma?' Si saudagar kaya itu mula merungut.
Akhirnya, Si Kaya itu menghantar anak itu kepada keluarganya kembali. Si Miskin yang juga merindui anaknya itu. Si Miskin gembira kembali gembira dan ceria bersama anak-anak serta isterinya.
Saudagar yang kaya itu membuat kesimpulan: kebahagiaan dan kegembiraan tidak boleh dibeli dengan harta yang banyak.
Sabtu, Mei 17, 2008
MAWI DAN ANAKKU DI RUMAH PENA

NAMPAK anakku Marni Najiha ni? Nampak macam malu-malu. Sebenarnya, dia tidak takut langsung nak mendekati Mawi.
Ini Mawi. Dia datang sempena majlis puisi di Rumah PENA. Punyalah ramai orang yang datang membanjiri rumah PENA tahun yang biasanya agak lengang saban bulan. Ramai lagi artis-artis lain yang datang buat persembahan. Ini majlis yang diadakan pada tahun lepas. Seawalnya, anak-anakku leka makan. Mereka kenal dan tahu itu Mawi. Tapi, mereka tak pula sibuk nak mendekati Mawi. Mawi ni sibuk melayan orang lain bergambar dan bertanya itu ini. Semasa aku nak balik, aku mencadangkan anak-anakku bersalam dan bergambar dengan Mawi. (Bukan senang nak berjumpa dengan artis popular nih!) Dua anakku enggan mendekati Mawi. Pelik betul anak-anakku ni, mereka tak kisah langsung dengan artis popular ni. Hm... bagusla juga, sekurang-kurangnya, tidaklah unsur hedonisme tu bertapak di jiwa mereka (bukan bermaksud nak remehkan Mawi ye. Aku bukan peminat Mawi dan juga bukan anti artis).
Ini Mawi. Dia datang sempena majlis puisi di Rumah PENA. Punyalah ramai orang yang datang membanjiri rumah PENA tahun yang biasanya agak lengang saban bulan. Ramai lagi artis-artis lain yang datang buat persembahan. Ini majlis yang diadakan pada tahun lepas. Seawalnya, anak-anakku leka makan. Mereka kenal dan tahu itu Mawi. Tapi, mereka tak pula sibuk nak mendekati Mawi. Mawi ni sibuk melayan orang lain bergambar dan bertanya itu ini. Semasa aku nak balik, aku mencadangkan anak-anakku bersalam dan bergambar dengan Mawi. (Bukan senang nak berjumpa dengan artis popular nih!) Dua anakku enggan mendekati Mawi. Pelik betul anak-anakku ni, mereka tak kisah langsung dengan artis popular ni. Hm... bagusla juga, sekurang-kurangnya, tidaklah unsur hedonisme tu bertapak di jiwa mereka (bukan bermaksud nak remehkan Mawi ye. Aku bukan peminat Mawi dan juga bukan anti artis).
Marni Najiha dengan selambanya cakap dengan Mawi yang dia nak bergambar dan bersalam dengan Mawi. Kembang juga hati aku bila Mawi yang sibuk tu spontan jer duduk untuk bergambar dengan anakku. Hm... bagus la juga budak Mawi ni. Tapi aku masih tak minat sangat dengan dia. Tapi, bagusla Mawi ni memang bagusla dalam bab melayan peminat. Dia tak berlebihan dan tidak juga sombong. Dia jenis yang simple aje.
Langgan:
Catatan (Atom)