SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Februari 12, 2012

LAGI SEJADAH BERDIRI

INI SEJADAH KAT RUMAH SAYA YANG BERDIRI MENGADAP KIBLAT.  SAYA AMBIL GAMBAR INI SEBAIK SAJA SELESAI SOLAT 

Ya, memang pelik sejadah berdiri!  Dalam berita malam ini, ada lagi kisah sejadah berdiri.  Ini mungkin kesan tindak balas Jin Islam yang ingin menzahirkan keujudannya.  Dan, mungkin juga satu helah.  oh, maafkan saya kerana menyatakan ianya satu helah.  Saya tidak menuduh siapa-siapa.  Namun, saya yang dangkal ilmu ini ingin mengingatkan bahawa kejadian pelik seperti ini mungkin helah jin.  Mungkin juga helah manusia.  Usahlah kita membesar-besarkan kejadian pelik sebegini.  jika satu dua cerita, tidak apa.  Jika terlalu banyak, ia sudah jadi macam-macam perkara.  Manusia mudah terpengaruh dengan kepelikan.  dilihat ada barang pelik, digunakan untuk pemujaan nombor ekor.  ada juga yang gunakan benda-benda pelik ini dengan mengambil kesempatan mendampingi makhluk halus.  manusia memang berminat dengan misteri-misteri seperti cerita hantu-hantu.



Untuk apa cerita pelik begini?  Jika untuk kita membesarkan kebesaran Allah, silakan.  namun, jika ia mengundnag perasaan seram dan takut tidak menentu, ia tidak bagus kepada akidah. bimbang akidah kita tergugat.   percayalah, kita tidak perlu taksub kepada kepelikan untuk membesarkan Allah.  sudah cukup bukti kebesaran Allah di sekeliling kita.  Keujudan oksigen di atmosfera, kejadian bulan bintang itu sendiri, air pasang surut itu adalah kepelikan alam yang menunjukkan kebesaran Tuhan.  banyak lagi kejadian pelik yang Allah jadikan.  kemampuan otak manusia sendiri itu pelik.  Pelik kerana tiada siapa yang mencipta dan menentukannya begitu.  Semuanya kerana kebijaksanaan Allah.  Maka, janganlah kita terlalu taksub dan takjub dengan kepelikan. Kerana kemampuan Dajjal Al Masih juga boleh menghasilkan KEPELIKAN.  DAJJAL akan mampu memukau manusia dengan macam-macam benda pelik.  Jadi, fikir-fikirkanlah...

KEAJAIBAN ALAM INI ADALAH SEBUAH KEPELIKAN.  INI MENANDAKAN  ALLAH ITU MAHA KUASA 

9 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...