BERITA TENTANG PEMBANTU INDON YANG MENDERA ANAK KJECIL MAJIKANNYA MINGGU LEPAS.
ADA banyak yang mengacau dalam kepalaku kala ini. Salah satu antaranya ialah pembantu rumah yang baru datang bekerja semalam. Perkara ini kuanggap berbeza dan sedikit pelik.
Sebelum ini aku agak fobia mendengar cerita kawan-kawan sekerja yang ada pembantu rumah indon. Macam-macam! Di dalam berita juga ada pelbagai kes yang dilaporkan. Aku tidak berani ambil pembantu rumah sebenarnya. Namun, akhir-akhir ini rasanya aku terpaksa ada pembantu. Melalui kawan2 warga indo penduduk tetap di sini menemui seseorang mahu kerja denganku. Pagi semalam dia datang dihantar suaminya. Taklimatku cuma sedikit terhadap dia dan suaminya, lagipun sudah ada perbincangan sebelumnya. Dia pun mula kerja tanpa perlu diarah-arah. Aku pun amat suka cara kerjanya. Tanpa kusangka dan dengan tiba-tiba sahaja, petang itu 'suami'nya datang minta untuk membawa pembantuku pulang ke kampung sebab ayahnya sakit. Aku lepaskan dengan rasa berat walaupun janjinya akan datang lagi tetapi aku tahu bakal kehilangannya. Sebenarnya ada banyak kemusykilan tentangnya, hal keluarganya dan ceritanya. Menurut anakku, selepas 'suami'nya telefon dia pada petang itu, dia menangis. Sepanjang dia sampai, dia bekerja tanpa arahanku. Aku suruh rehat pun dia buat kerja. Tiada tanda-tanda dia tak suka berada di rumahku. Anak-anakku amat bersemangat menolongnya dan dia juga kelihatan gembira. kain bajunya sudah diatur dalam almari menunjukkan dia bersedia tinggal lama di rumahku. tapi alasannya hendak pergi... bercanggah-canggah. Entahlah... aku masih memikirkan sebabnya. Dia pergi tanpa ambil gaji. Aku dah periksa barang-barang berhargaku, semuanya cukup tak ada yang hilang dan memang aku pasti tidak ada kehilangan apatah lagi anakku sentiasa berkepit dengannya. Banyak andaian yang aku buat tapi belum satupun boleh kusimpulkan. Hari ini, perasaanku jadi semacam memandang hasil kerja yang ditinggalkan semalam. Aku benar-benar terasa kkehadiran dan kehilangannya.
"Aik, mana orang gaji kita?" tanya suamiku sebaik pulang dari kerja. Diabaru kenal sekali semasa orang itu datang berbincang mahu kerja minggu lepas. Alangkah baiknya kalau dia kembali. AKu tawar hati untuk menerima orang lain kerana pada anggapanku, sukar untuk mendapat pembantu sebaiknya kecuali jika aku bertuah lagi.
-
Idea tentang rantaian ketakutan ini saya dapat di perhimpunan penulis
alala ... mcm kita takut bos, bos takut bos lagi atas, bos lagi atas takut yang lagi-lagi atas, dan lagi atas takut yang lagi-lagi-lagi atas... akhirnya.....
hmmm nantila saya nak tulis ni kemudian. belum sempat nak bina ayat lagi... nak cari gambar y sesuai. .

Nikmat kelegaan rupa-rupanya sangat membahagiakan. aku terasa hidup kembali normal. walaupun pada hakikatnya ini bersifat sementara, yang singkat inilah nikmat yang perlu dinikmati sebaiknya. sekejap lagi aku masak, mengemas rumah dan ke tempat kerja. Pulang petang nanti, aku tidak perlu lagi kalut. Sediakan makan malam seadanya, nonton tv, memantau anak-anak, dan tidur. esok hari cuti. aku terasa saat bahagia bakal menanti. Mungkin boleh mengemas rumah yang berkecah sekian lama bersama keluarga. petang, keluar jalan-jalan.
Nikmat ini sesungguhnya anugerah. Anugerah bersifat pendek, sedikit dan kecil. Jika panjang, banyak dan besar akan menimbulkan masalah lain pula (nikmat syukur akan hilang)... Jadi, perang, gelut dan kalut adalah rencah kehidupan yang juga ujian hidup. Selagi hidup diteruskan, kita berjuang ke garisan penghabisan. Moga-moga kejayaan sebanar ada di garisan terakhir.
(INI BUKAN PROMOSI KARYA BARU. INI LUAHAN SAJA2... lalala..)

PAGI INI aku terima mesej. Novel kau tu ayatnya agak bagus dan plotnya lancar. kisah benar sendiri? HAH!
Hahahah
Baik aku tulis bibliografi.
Merujuk kepada novel pertamaku, Menuju Puncak, aku memang menulis berdasarkan pengalamanku (aku tidak punya banyak modal lain untuk menulis masa tu kerana masa suntuk dan pengalamanku terhad). tetapi bukan kisah peribadiku. sikap dan cara pemikiranku memang ada dalam novel itu. sesiapapun dapat mengenal cara fikirku di sana.
Kawan-kawan di tempat kerjaku, adik kakak ipar juga membaca, mereka fikir watak Wafa' itu adalah aku. tapi bila baca tengah lagi, eh bukan pula . Eh, Wafa ni kawan kau ke? tanya depa. hahahha.
Dua tiga minggu lalu ada kawan tanya kenapa tak tulis lagi. aku cakap, menulis perlukan bahan. Eh, menulis perlukan kemampuan merekacipta dan imaginasi sudah cukup kan. lainlah buat penulisan kajian, katanya. Aku cakap, aku juga penulis ilmiah - buat tugasan hantar kepada pensyarah perlukan fakta. bukan main reka2. tetapi cara penyampaian mestilah berkesan. samalah dengan menulis karya rekaan. Sebab itu kita boleh dapat A dalam tugasan. (hmm, menulis blogpun kena berfikir walaupun aku menulis di blog tidaklah seserius mana)
Menulis karya yang diterbit-cetakkan, bagiku perlu berfikir dan mengajak orang berfikir. bukan sekadar hidangan kisah yang diceritakan semata-mata.
Catatan : Gambar Mawi dan anakku di atas tidak ada kena mengena dengan penulisanku. hohohoho
LALU aku terfikir, selepas ini, aku mau jadi penulis ilmiah. buat kajian dan menulis.
hehehe (Angan-angan ni...)





