SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.
Memaparkan catatan dengan label CELOTEH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CELOTEH. Papar semua catatan

Ahad, Januari 01, 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU BAGAIMANAKAH YANG ANDA MAHU?

TAHUN BARU datang lagi.
kita di sini sibuk nak tengok bunga api.  di negara perang, mereka dah fobia dengar letupan bunga api begini.  letupan begini tidak memberi hiburan langsung kepada mereka.

Tiba-tiba aku terkejut.  Berdentum-dentam bunyi letupan mengejutkan lenaku. Hah, Malaysia kena serangkah? dalam termamai-mamai aku terjaga gelabah tidak terkira.  Dalam benakku memikirkan keselamatan anak-anak dan suamiku.  


inilah magsa perang.  kematian tidak
 memilih mangsanya
Inilah letupan sebenar apabila perang berlaku.  Mahukah kita
jika negara ini jadi begini? Ini boleh berlaku jika kita terlalu
leka dengan pelbagai jenis hiburan dan keseronokan.
Jika berlaku peperangan, di mana kami hendak lari?  Bagaimana hendak bekerja.  Aku baru saja berangan nak cantikkan rumah.  Habislah impianku.  Negara ini akan kucar-kacir seperti di negara bergolak.  masing-masing hidup ketakutan...
Anak kecilku masih tertidur di ruang tamu.  Anak lelakiku sedang menonton.  Suamiku sedang melayari internet.  Anak-anak daraku sudah bermimpi di bilik mereka. 
Rupa-rupanya semuanya masih selamat. Di luar, jelas kelihatan letusan bunga api yang berdurasi tidak kurang dari 5 minit.  Berwarna-warni.  Di Televisyen, sambutan ambang merdeka disiarkan hampir di semua stesyen TV.  Betapa negara ini begitu bangga menggunakan bahan letupan sebagai hiburan wajib bagi merayakan sesuatu yang besar.  Konsert-konsert mewah berskala besar dihidangkan secara percuma untuk meraikan warga yang sentiasa dahagakan halwa hedonisme.  

Rabu, Oktober 05, 2011

RESDUNG oh RESDUNG

Penyakit Resdung boleh dikatakan dihidapi oleh kebanyakan orang.  Namun tahap keseriusannya tidak sama antara seorang dengan yang lain. Mari kita kenali apakah penyakit resdung.
Di sini anda boleh membacanya juga. Begitu bahaya penyakit resdung ini rupa-rupanya.
Resdung juga ada kaitan dengan penyakit lain seperti asma dan ekzema. Ok, mari kita kenali serba sedikit penyakit ini.

Resdung = (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung ni??
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabilaanda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.  Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam hidung tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
Resdung boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Wahh, jangan main-main dengan resdung ya!



Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Di sini saya turunkan petua mencegah resdung;

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Kalau boleh, cucilah tuala, dan fabrik yang digunakan itu dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Bersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
tinggi. Kalau sanggup, bersihkan dua tiga hari sekali.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.  (Ini bisa diatur, bukan?)

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. (ini juga bisa diatur, bukan. Boleh buat sup tiap-tiap hari...)

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Kalau boleh bawalah tuala lembab suam tu ke mana-mana. (Sanggup ke.  Tetapi ini adalah langkah yang baik)
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.  Ah, ruginya tak dapat makanan yang sedap tu!

Ok, sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan mereka petua ni.

Namun... ada cara lain yang saya amalkan.  Saya ambil makanan tambahan.  makanan tambahan memang dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang baik.  

Isnin, Oktober 03, 2011

AKSI KUCING

 Telatah KUCIN ku KUCINku Kucingkucing

Terhibur melihat aksi haiwan-haiwan ini. 
Kucing-kucing ini sedang membaca majalah.  
Entah apalah yang menarik perhatian mereka heheheeh.
 Baru selesai dimandikan.
tentulah masing-masing terasa sejuk.  masa ni tak ada sangkar lagi.
 wajah Tomok
agaknya marah bila dia dimandikan.
sesudah mandi barulah wangi dan segar.  bakteria pergi, bulupon gebusssss










Ini Kabu.
Wajahnya macho aje.
Dia lambang kucing kampung sejati.
paling nakal dan aktif sejak dibela
paling kuat makan juga
Inilah Tomok.
Bulunya masih lembab.
tengoklah, monyok saja
Ini dia PUtih
matanya biru macam omputih
nampak lembik saja.  tapi aktiff wooo










Malam semalam, balik saja dari berjalan, mereka didapati tiada.  Ingatkan merajuk ke manalah mereka.  dah pukul 12 lebeh, barulah kelibat mereka muncul.  Kesian mereka, tuan mereka pi jalan, depa kelaparan.  tapi jangan tak tahu depa ni kalau dah bagi makan pon masih lagi mengiau2 kelaparan.

Ahad, Ogos 07, 2011

PENGEMIS DAN RAMADHAN

Memang bagus bulan ini kita banyakkan bersedekah. dan jika mahu bersedekah, eloklah di masjid atau kepada orang yang benar-benar kita yakin yang dia benar-benar layak menerima sedekah. Bagaimana jika orang yang meminta-minta? Seperti pengemis, contohnya. BERILAH, jika kita yakin dia layak diberi.

pengemis ini sedang membuka kaki palsunya untuk tujuan 'berlakon' sebagai kerja tetapnya. Ini berlaku di Kota Damansara, diambil dari laporan Mazidul Awang Sidek
hal yang sama saya nampak terjadi di pasar malam PUCHONG Indah, dekat dengan tempat kerja saya. saya lihat sendiri dia datang dari tempat parking belakang pasar malam iaitu tempat yang kurang sibuk dengan pengunjung pasar (mungkin seseorang menurunkannya di jalan belakang itu). Kemudiannya duduk bersiap, ketika itu saya baru lepas parkir kereta.
si pengemis sikitpun tidak malu apabila saya lihat aksinya (bermakna tembelangnya saya tahu). dia siap senyum-senyum bangga lagi. Anak saya bertanya hairan, kerana tadi orang itu kelihatan boleh berdiri. "mak, mengapa orang itu buat begitu?" Saya menjawab, "Dia mahu menipu orang ramai." jawab saya sambil memerhatikan 'si pengemis buatan' itu pergi mengesot-ngesot dengan perasaan geram.
ketika ini Mazidul mengikut lelaki ini. maknanya, si pengemis melarikan diri kerana 'tembelangnya pecah'.

Wahai kawan-kawan budiman, tanyalah kepada diri sendiri, adakah anda rela sipenipu terus menipu dan menipu dan anda adalah salah seorang yang kena tipu itu. ada ramai orang cakap jangan aibkan orang (termasuklah pengemis yang menipu), tetapi mahukah kita menjadi penyokong kepada para penipu agar mereka menjadi lebih berani dan bangga menipu orang.

akhirnya dia dibawa semula oleh Mazidul ke bazar ramadhan Sek 7 Kota Damansara setelah Mazidul berjaya menangkap dan memaksanya untuk kembali ke bazar itu. (ada orang marah kerana tindakan Mazidul dikatakan mengaibkan lelaki itu). Bagi saya, tindakan Mazidul itu lebih baik kerana dia berusaha menyedarkan orang ini agar tidak menipu lagi dan memberi INGATAN kepada orang ramai agar tidak tertipu sekurang-kurangnya dengan orang yang sama!

Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada dri sendiri, bersedekah itu amalan yang amat mulia. orang meminta, kita harus (digalakkan) memberi. Masih terlalu ramai yang layak untuk diberi sedekah contohnya anak-anak miskin di sekolah saya. Adakah kita masih perlu bersedekah, jika kita sudah tahu orang itu mahu menipu lebih ramai orang, HARUSKAH DIBIARKAN? Sesungguhnya, kita ada hak untuk menegurnya. Jika penipuan masih juga berlaku, kita pula harus memberi amaran kepada saudara-saudara kita agar tidak terus ditipu.

Isnin, Julai 25, 2011

ADA APA DENGAN DUNIA ORKID

Minat benar encik abe dengan pokok bunga. Teringat pula ayah mertua saya dulu. Semasa saya kecil dulu, ayah saya juga suka berkebun. Jika orang minat menanam pokok, sudah pasti minat juga dengan pokok-pokok bunga orkid. Pesta Flora hari itu, banyak la juga RM saya dibelanjakan untuk orkid, walaupun dalam bajet yang ciput.
orkid putih ni sungguh cantik. Kalau la dapat tentu berseri kat rumah saya.
orkid ni pula berbau wangi. Saya suka kalau ada bau yang wangi.
rasa-rasanya spesis ni dah ada kat rumah saya.
FUHH! kalaula dapat spesis ni... Harap encik abang dapat cari satu.
itulah, kalau dah mula suka dengan spesis-spesis okid, cinta tu terus melekat. saya tak sedar entah bila saya mula suka dan cinta dengan dunia okid. adakah kerana encik abe sukakan pokok-pokok bunga? dari dulu dia minat, tapi saya tak beri galakan, dlu-dlu, habis pokok bunga di rumah saya kering layu akibat pengabaian saya. sekarang, saya mesti menyokong minat encik abe. saya sedar rumah yang dikelilingi pokok-pokok dan tanaman berpasu kelihatan lebih berseri.
kata encik abang, nak tanam orkid mesti kena caranya. okid ni secara umumnya, senang saja nak tanam. iye ke? tengok ni caranya, senang saja kan...!

tak tahulah bila nak siap para okid depan rumah ni. harap siap la sblm ujung tahun. namun, semua bergantung pada bajet. ya, ada bajet smua boleh jadi.
(Hmmm tengah berangan menulis novel di kelilingi taman menghijau dan bunga-bungaan yang harum mewangi. ah, macam di syurga pula. hehehehe)

Jumaat, Julai 08, 2011

ADA APA DENGAN BERSIH?

HARI Sabtu pergi mana-mana ke?- tanya seorang kawan di tempat kerja.
"Ah, bukan senang nak dapat Sabtu tak ada program kerja macam Sabtu ini," kataku membayangkan betapa berharganya Hari Sabtu ini kepadaku.
"Boleh sertai BERSIH la kalau gitu."
"Ah, BERSIH?" Aku mula bingung. macam pernah kudengar perkataan itu. tapi di mana?
"Yalah, orang dah kecoh bersih-bersih sekarang ini. siapa yang pakai baju kuning, siap!" kata kawanku yang percaya aku amat tahu segalanya tentang BERSIH.
"Oh, perhimpunan BERSIH!" aku baru dapat menyambungkan kesinambungan idea dengan dialog kawan aku tadi. Ah, betapa tidak prihatinnya aku dengan isu panas masa kini. aku mengetuk kepalaku sendiri (secara perlahan saja).
"Kau kan minat dengan keadilan dan perjuangan!" kata kawanku yang mungkin merujuk watakku yang ada sikit-sikit sikap pembangkang. yalah, aku ni akan membangkang jika aku tak setuju.
"Hm, aku memang nak sertai bersihpun. Hari Sabtu ni memang sesuai sangat." kataku sambil senyum bermakna. Aku sudah buat rancangan.
"Ha, nampak! Nak pergi perhimpunan BERSIH dah!" kawanku sudah mengagak yang tekaannya memang tepat. Nampaknya mereka sudah percaya, aku ni memang suka membangkang.
"Aku mahu cuci rumah aku. Mahu buat operasi bersihkan rumah sendiri." Aku ketawa selepas itu.
hahahahah

Khamis, Julai 07, 2011

MALAM INI PASAR MALAM

MALAM ini aku dan encik abe ke pasar malam. Nak beli buah. Dan lauk juga nasi (ops tak masak hari ni). Semasa membeli buah, kedengaran seorang lelaki bercakap pelat 'mat salih' di belakangku. Ah, kecoh betul lelaki ini! Cakap kuat-kuat macamlah dia sorang saja nak beli buah... itulah kali pertama yang terlintas di fikiranku. Aku memilih buah manggis, dia juga kecoh merasa dan mahu membeli buah 'tempatan' katanya. Aku menoleh ke arahnya, ah, dia lelaki yang datangnya dari sebelah Arab. Aku terasa terpanggil untuk menegurnya.
"Where are u from?" Walaupun Bahasa Inggerisku tidaklah begitu bagus, aku bertanya sekadar ingin tahu. Kalau orang sebelah Iran atau Iraq, memang mereka suka dengan suasana hidup di Malaysia. ini pernah diakui oleh seorang warga Iran yang kutemui semasa membeli belah yang sibuk mahu tahu nama sayuran dan cara memasaknya.


"Saya datang dari Iran. Ini isteri saya. Kami sama-sama dari Iran." lelaki itu menjawab bangga memperkenalkan kewarganegaraannya. Aku jadi termalu sendiri. Aku tanya dalam Bahasa Inggeris, dia jawab dalam Bahasa Melayu.
"Wah, sudah berapa tahun kamu tinggal di Malaysia?" Aku memang kagum dengan kemahiran berbahasanya siap tahu peribahasa Melayu, walaupun pelat lidahnya masih ketara.
"Sudah ampat tahun," katanya sambil mengangkat jari dengan bilangan empat. "Saya suka cakap Bahasa Melayu. Saya memang sudah pandai betul cakap Bahasa Melayu. Isteri saya hanya tahu berbahasa Inggeris! Dia ini tak begitu pandai bercakap Bahasa Melayu, sebab itu dia jadi malu." lelaki Iran itu mengisyaratkan ibu jari ke arah isterinya yang cantik. Yalah, hidung tinggi, mata arab! Isterinya menjelingnya sambil senyum-senyum. Mungkin benar dia segan kerana tidak fasih berbahasa Melayu.
"Hebat, bagusnya awak pandai Bahasa Melayu." Aku tidak melepaskan peluang memberi penghargaan padanya. Lelaki Iran itu ketawa bangga.
Bangga, kerana dia orang asing fasih cakap Melayu. Dia gembira dengan makanan tempatan dan banyak berkawan dengan orang tempatan hanya kerana dia pandai berbahasa Melayu. agaknya, dia gunakan kemahiran berbahasanya itu untuk tawar menawar dalam urusan membeli belah.
"Orang luar pun sibuk nak bercakap Melayu. Orang kita ada yang sesama sendiri pun berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris," aku berkata kepada Encik Abe sebaik saja meninggalkan gerai buah-buahan itu. Tidak salah bercakap Inggeris jika dengan tujuan belajar dan memantapkan penguasaan. Tetapi, jika sekadar berbahasa Inggeris kerana nak perasan 'high class', saya memang tidak setuju.

Hm, sebelum pulang, aku tertarik pada satu gerai jualan. Aku terasa tidak percaya. Aku mendekati. membelek. Sah! kanta lekap juga dijual di pasar malam! hahahah baru aku tahu.
Patutlah sekarang ini, bibik tukang sapu sampah kat sekolah juga boleh pakai kanta lekap warena ungu. Esoknya, dia tukar warna pula menjadi biru.
"Eh, awak ni... nak beli ke?" Encik Abe bertanya. Bukan dia cemburu atau takut aku membelinya. Tetapi dia tak mahu aku buang masa membelek benda yang aku tak mahu beli. hahahaha
sampai balik aku teringat kanta lekap pasar malam!

Sabtu, Jun 25, 2011

PROSES KREATIF JUTAWAN NASI LEMAK

 Seperti curahan air terjun, apabila berada di hadapan komputer, apabila masa kelapangan dan apabila suasana menjadi pemangkin idea, maka, jari-jemari ini menari mengikut rentak di minda dan berirama dengan hati dan naluri.

Begitulah gambaran betapa jodoh tempat, masa dan suasana bukanlah sentiasa berkumpul.  Jika bersatu, maka tercetuslah suatu hasil karya yang indah bak air terjun yang mendamaikan. Saya memulakan penulisan JUTAWAN NASI LEMAK ini bermula pada bulan Februari dan berakhir bulan MAC 2011.  namun, idea cerita ini sudah ada sebelum itu.  Jutawan nasi lemak adalah tajuk sebuah cerita pendek yang saya hantar ke satu pertandingan menulis sempena Hari Guru.  Namun, rezki tidak menyebelahi saya ketika itu walaupun khabarnya ia tersenarai juga sebagai karya pilihan di saringan akhir negeri.  Namun, juri mengesahkan bahawa karya saya menarik, tetapi mereka ada kriteria tertentu dalam pemilihan.

Selasa, Jun 21, 2011

Ada apa dengan ILMU dan HARTA?

Seorang nenek sedang membaca kitab.  Tidak jauh darinya ada tiga orang cucunya sedang belajar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru siang tadi.  Ibu dan bapa tiga kanak-kanak itu sudah berpesan kepada si nenek agar memastikan kanak-kanak itu belajar dan bukannya menonton televisyen.
Tiga kanak-kanak itu ialah seorang abang yang sulung bersama dua orang adik perempuan kembar.  Tiba-tiba, si kakak marah-marah kepada adiknya.  Si adik meradang menangis. Si abang marah-marah kerana tumpuan belajarnya terganggu.  apabila sudah kecoh-kecoh begitu, si nenek pun terpaksa campur tangan.
"Mengapa kamu ni..."  si nenek mahu menenangkan cucu-cucunya.
"Adik mahu tiru kakak." sahut si kakak tidak berpuas hati.
"Adik sudah tanya abang, abang tak mahu ajar adik.  adik tak tahu buat soalan ini.  adik nak tiru kakak, kakak tak izin,"  Si adik menangis-nangis.
"Kenapa kamu tak izinkan?"  tanya nenek kepada kakak.
"Dia malas belajar.  dia asyik mahu tiru kakak saja."  Si kakak tidak berpuas hati.
"Kalau begitu, kenapa adik tak tanya abang.  abang tak tahukah?"  tanya nenek kepada si adik.
"Abang pun tak mahu ajar.  abang kata, kena belajar sendiri kalau nak pandai.  abang dahulupun tak siapa yang ajar.  dia belajar sendiri."  adik ternyata tidak berpuas hati dengan sikap sombong abangnya.  abangnya sedikitpun tidak mahu adiknya itu pandai.  begitulah rungut si adik.
"Yalah, kalau tak ada usaha, bagaimana mahu berjaya?  Lain kali, janganlah malas belajar."  kata si abang mahu membetulkan sikap adiknya.
"Dia ni dalam kelas, main-main saja, nek!  sebab itulah kakak tak mahu dia tiru kakak.  biar padan muka dia kena marah sebab tak tahu buat kerja."  Kakak lebih suka jika adiknya kena denda.
"Hm, nampaknya, kamu semua ni nak kena dengar cerita nenek..."
"Cerita apa pula nek?"  si kakak kehairanan nenek mahu menyelesaikan masalah pergaduhan mereka dengan bercerita.  kalau ayah atau ibu mereka, pasti mereka kena marah jika bergaduh begitu.
"Ok... Malam ini nenek mahu bawakan satu cerita...  kisah seorang kaya dan si miskin.  si kaya ini kedekut.  walaupun mereka tinggal berjiran, si kaya tidak pernah bersedekah kepada si miskin.  suatu hari, si miskin ingin belajar ilmu berniaga daripada si kaya.  tetapi si kaya masih kedekut hendak memberikan ilmunya.  Si miskin menyatakan ilmu yang diberi si kaya nanti tidak akan merugikan si kaya.  si kaya tidak bersetuju.  si kaya berkata bahawa ilmu yang dibahagikan akan habis seperti harta juga."
"Habis tu? apa jadi selepas itu, nek?"

Isnin, Mei 04, 2009

BUDAYA BERSAPA (KAWAN LAMA)






Barangkali tak ramai yang sedar, budaya sudah merubah cara berfikir kita. Mari kita lihat dan hayati contoh situasi ini. Ni kawan lama dah bertahun2 tak jumpa. Dulu2 akrab sangat, sampai boleh kongsi teh sebungkus.



A: Lama tak nampak? kau ok ke sekarang. (hulur tangan berjabat salam)

B: Sihat. bolehla sikit2 (perasaan gembira ditegur kawan baik)

A: Kerja mana sekarang. masih di tempat lama ke? atau *sudah naik pangkat?


B: dah berhenti kerja. Buat kerja sendiri. Eh, kau kerja mana sekarang? *dah pakai kereta apa?


A: Aku dah tukar kereta. kereta lama jual dah. Hah, kau *dah beli rumah ke. kat mana kau tinggal?


B: Aku tinggal kat kawasan Bangsar. Beli rumah kat situ. rumah teres berkembar.(dengan rasa bangga)

A: Wah... hebat kau sekarang! *buat bisnes ke
B: Adalah sikit-sikit... eh,kau buat bisnes apa?
A: Aku bisnes dengan Datuk X, buat networking.
B: Oh, boleh tahanla kau ye... *Anak kau dah berapa sekarang?
A: Anak dah empat. Dah sekolah semuanya. Kau pula?

Begitulah yang biasa berlaku sekarang. perkara yang mula2 orang nak tahu bukan lagi tentang perkembangan keluarga tetapi adalah pencapaian duniawi. harta ditafsir dalam dua konotasi berbeza. kalau dulu budaya orang tua2 zaman mak2 ayah kita, *'harta' berharga adalah anak-anak. ukuran kejayaan orang2 tua adalah ukuran sosial berkisarkan kejayaannya mendidik anak-anak menjadi masyarakat berguna. namun, hari ini ukuran kejayaan itu sudah berubah kepada ukuran material.
Jadi, hari ini budi bahasa bukan lagi menjadi keutamaan. tahap hormat orang pada orang lain juga berdasarkan 'kekayaan' hartanya. ilmu yang dimiliki juga kurang dihiraukan. kalau banyak harta dan tinggi budi bahasa lagi la bagus. sesungguhnya manusia ini boleh saja berubah2.
Hmm, tengokla lembu yang kita selalu anggap bodoh. mereka tak pernah pun memandang rendah sesama sendiri jauh sekali merasa bangga dengan apa yang mereka ada. walaupun antara mereka tak ada harta ataupun yang belum ada anak dengan yang beranak banyak... mereka sesama mereka, sama saja... hahahah

Jumaat, Februari 27, 2009

MENULIS KISAH HIDUP SENDIRI?



PAGI INI aku terima mesej. Novel kau tu ayatnya agak bagus dan plotnya lancar. kisah benar sendiri? HAH!

Hahahah



Baik aku tulis bibliografi.
Merujuk kepada novel pertamaku, Menuju Puncak, aku memang menulis berdasarkan pengalamanku (aku tidak punya banyak modal lain untuk menulis masa tu kerana masa suntuk dan pengalamanku terhad). tetapi bukan kisah peribadiku. sikap dan cara pemikiranku memang ada dalam novel itu. sesiapapun dapat mengenal cara fikirku di sana.


Kawan-kawan di tempat kerjaku, adik kakak ipar juga membaca, mereka fikir watak Wafa' itu adalah aku. tapi bila baca tengah lagi, eh bukan pula . Eh, Wafa ni kawan kau ke? tanya depa. hahahha.



Dua tiga minggu lalu ada kawan tanya kenapa tak tulis lagi. aku cakap, menulis perlukan bahan. Eh, menulis perlukan kemampuan merekacipta dan imaginasi sudah cukup kan. lainlah buat penulisan kajian, katanya. Aku cakap, aku juga penulis ilmiah - buat tugasan hantar kepada pensyarah perlukan fakta. bukan main reka2. tetapi cara penyampaian mestilah berkesan. samalah dengan menulis karya rekaan. Sebab itu kita boleh dapat A dalam tugasan. (hmm, menulis blogpun kena berfikir walaupun aku menulis di blog tidaklah seserius mana)


Menulis karya yang diterbit-cetakkan, bagiku perlu berfikir dan mengajak orang berfikir. bukan sekadar hidangan kisah yang diceritakan semata-mata.

Catatan : Gambar Mawi dan anakku di atas tidak ada kena mengena dengan penulisanku. hohohoho



LALU aku terfikir, selepas ini, aku mau jadi penulis ilmiah. buat kajian dan menulis.


hehehe (Angan-angan ni...)


Ahad, Februari 22, 2009

UP DATE BLOG

Aku banyak kali ditegur dengan sikapku yang malas meng'update' blog. kawan-kawan dan suami sendiri pun cakap begitu. bukan sengaja. tapi perasaan ini malas dan tak terpanggil untuk menulis. nak menulis pun kena ada dorongannya. hari ni, aku rasa rajin sikit. KENAPA YA??

Siang tadi aku dapat udara Kuala Lumpur. Walaupun tak sesegar di pergunungan atau seindah di pantai, aku dapat banyak ilham untuk menggerakkan mindaku. banyak benda baru yang singgah di kepalaku. Oh, patutla orang yang bekerja agak jauh dari rumahnya ada banyak idea. Selama ini aku malas ajeee. kenapa yea... aku tanya lagi.

Awak tu duk terperap dengan rutin kerja yang biasa. bukan sekadar itu saja. hambatan kerja, tugasan, tanggungjawab membuatkan awak malas nak fikir benda-benda lain. OWHHH!? ye keee... aku terfikir. Suamiku selalu update blognya di pejabat, bukan di rumah. kalau di rumah, kita nampak anak-anak, pinggan, mangkuk, kain baju, last2 tilam dan bantal ... zzzz sudahnya.
TAK APALAH,
nanti, abang bawalah saya keluar jalan2 selalu. Mungkin banyak dapat idea.
ya selama ini tempat kerjaku hanya beberapa puluh langkah dari rumah. ragam kerjaku yang menekan tetapi biasa2 aja tidak menarik bagiku untuk mendorongku menulis.
SUAMIKU PULAK DIAM. hehehhe
HUH!

LOW YATT, "NASI AYAM nama MELAYU" tapi...

LEPAS TUTORIAL. suami jemput. pergi Low Yatt beli batery. parking berbayar ikut meter jam, huh! anak-anak nak ke tandas. kena bayar setengah hinggit, huh!
jalan-jalan lagi. nak cari bateri komputer. sebelum teruskan carian, dah lapar la pula. Kita makan dulu, kata suami. anak-anak dah melompat2 lapar kot. OK MAKAN Di situlah, nampak makanan melayu, nama melayu, nasi ayam.
nak Order... tengok menu. wahhh mahal. tak macam kota damansara. Ye la, sini kawasan tiga segi emas! harga pun macam emaslah juga. Okla oklah. kita makan. aku tengok atas meja sebelah budak2 muda tu minum air kelapa laut napak sedaap aje. aku cakap nak bangun beli air tu kat stall minuman. suami aku cepat panggil aku. katanya pelayan tu (eh, indon rupanya) dah terangkan harga nasi yang mahal tu pakej air sama. airnya ialah jus buah. wahhh baguslah.

duduk punya duduk, lembabnya! mana nasi ayam ni. dah la bagi jus dah tinggal ais aje. tukang masak tu nampak macam cina. ya, betul cina. tapi pelekat kat dinding restoren 'free pork,' boleh percaya ke. Eh, takkan la depa buat gitu! marah Suami. Okla okla. Ehhh!??? mana nasi kita ni!!! tukang masak cina dan pembantu indonnya nampak kelam kabut. meja sebelah kanan dan sebelah depan sana pun gelisah. indon tukang amik order duk tanya tukang masak tentang order, tukang masak cina tu marah2 hangin2. pastu pelayan indon tu panggil lagi orang masuk restoren, amik lagi order. Huh! yang dah ramai oder ni belum dapat makan lagi dah amik order... HUH!!!!
nasi baru sampai satu pinggan, bagi anak2 makan dulu. aku panggil, tambah air jus, sebab katanya pakej air dpt free, jadi, mana lagi satu??? dia anta air kosong. pastu suami panggil lagi, mana air free. dia bagi lagi air kosong. Huh!
pastu aku tanya tisu, nak lap mulut. aku suh anak minta, cina tukang kira tu jawab malas dan selamberr. 'takda'. APA!? restoren makanan mahal, takde tisu. Ni nak kena potong bayaran ni, aku dah tak puas ati. Kemudian, nasi pun sampai. Lambat! aku kesian anak2 aku makan lapar.
bayarlah... ok.
Ni apa bayar begini ada tambahan ni. jawab cina tu harga air lain. Aikk indon tu tipu ke. aku tunjuk menu dan terjemahan menu tu. indon tu kata depa tak tipu sebab dah lama meniaga situ. dia cek resit aku. pastu dia ckp, aku kena bayar lagi satu air jus. APA???! aku dah marah. Aku cakap tak puas ati. minta kamera hp nak amik gambar keterangan menu. cina tu dah gelabah buat2 sibuk jawab tipon. aku hot! hangin ni. Ni taknak duit ke? Takpelah aku boleh bayar tapi hangpa memang penipu. lain kali terang betul2 kat pelanggan. jagn tipula. pastu ada sorang brader bersuara kuat sokong aku cakap restoren ni memang teruk sangat. dia lagi terkena, satu kuarga besar makan kat sini. HUH!!!
ITULAH DIA RESTOREN NASI AYAM NOOR di Low Yatt.
PENIPUAN BUKAN BERLAKU DI SITU SAJA, malah di Low Yatt memang biasa! AKU bukan perkauman tetapi aku jadi benci dengan minah Indon pelayan tu dan cina tukang kira tu sebab PENIPU!!! (AKU BUKAN PERKAUMAN, tidak menuduh semua kaum mereka begitu. Ya, bukan semua)

Ahad, Jun 15, 2008

DUNIA Melayu di Muzium Negara


AMBOI, seronoknya depa pegi Muzium anak beranak. Sebenarnya budak-budak ni belum mandi lagi. Si kecil tu pampers pun tak tukar sejak bangun tidur. Ini rancangan tergempar suami aku yang tiba-tiba sahaja terasa nak bawa anak-anak pergi Muzium setelah menghantarku ke kelas (kuliah OUM) di Cheras. Kebetulan, memang dia lalu muzium.

Tak banyak yang ada di Muzium Negara. ('betulkah ini Muzium?' kata laki aku bila mula masuk ke ruang besar muzium. Rasanya suatu ketika dahulu, lagi banyak barang. Ke mana perginya khazanah-khazanah itu? Namun, sudah berpuluh tahun Malaysia merdeka, muzium yang bertarap kebangsaan tidak menunjukkan peningkatan mutu pamerannya, padaku ini suatu yang tidak enak didengar. Lagipun ia satu destinasi pelancongan bertaraf dunia!

Apa yang aku nak cakapkan lagi ialah pasal sudut pameran Dunia Melayu yang ada di muzium ini. Mungkinkah kurang bahan pameran atau kurang bahan kajian atau kurang budget nak dapatkan bahan pameran? Dunia Melayu di Muzium Negara mendukacitakan sekali. Agaknya, sudut pamerannya nak diglobalkan seperti halnya dengan pertukaran bahasa penghantaran subjek sains mate (opsss, tersasul! ... agaknyalah...).


Lihatlah gambar di atas. Inilah sahaja pameran yang menarik tentang dunia Melayu di mana patung (rupa minah saleh) memakai pakaian fabrik batik (murah). Hm, banyak lagi jenis fabrik dunia Melayu yang boleh dijadikan bahan pameran. Batik saja ada berbagai jenis - batik pelangi, batik jawa, batik tulis, batik lukis. Fokus pada corak, cerita pasal motif, kaitan dengan pengaruh indon, india, cina dan sebagainya... banyak bahannya, kalau naklah. Itu baru cerita batik melayu! ada 1001 lagi hal tentang dunia melayu. Bukan pameran 'hantu melayu' sahaja yang banyak bahannya!

Harapnya, pihak muzium melakukan sesuatu usaha yang agak besar untuk menjadikan Muzium bertaraf kebangsaan ini diminati pengunjung tempatan dan asing. Bahkan ianya boleh menjadi suatu pusat dokumentasi dan kajian bagi pecinta budaya dan warisan kebangsaan. Apalah gunanya Muzium Negara Malaysia yang miskin bahan pameran terutama sekali tentang dunia Melayu.

Sabtu, Jun 14, 2008

KISAH MAJLIS PELANCARAN NOVEL






7 JUN 2008 mencatat sejarah di DBP apabila 14 buah novel termasuk novel aku dan kawan-kawan penulis Kepezi. Hari itu merupakan hari bermakna buatku kerana ini merupakan pelancaran novelku yang pertama. Apatah lagi penerbitnya adalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Inilah 14 novel yang telah dilancarkan.


Sebagai AJK pelaksana majlis pelancaran itu, aku, Pak Razali Endun, Uztaz Azman, Kak Hamidah, Zahura dan SF telah merancang dibantu oleh ahli-ahli Kepezi yang lain dan tiupan semangat oleh bonda Zaharah Nawawi. Sudah lebih setahun majlis ini dirancang.

Apa yang menjadi kekangan pada mulanya adalah budget. Namun, pada saat hampir dengan tarikh majlis nak diadakan, DBP telah sudi menghulurkan pembiayaan penuh. Dawama membiayai jamuan makan untuk jemputan 200 orang. ALHAMDULILLAH... Ustaz Azmanlah yang menjadi orang kuatnya. Kerja nak buat majlis ni rupa-rupanya sukar juga apatah lagi jika melibatkan pihak lain yang membiayai itu ini. Sebagai AJK pelaksana, kami menjalankan tugas yang diamanahkan (heheheh... kdg2 terasa macam syok sendiri pula). Kadang-kadang mengharungi perkara yang agak sukar seperti hendak mengaturkan urusan rumahtangga dan kerja. Tenaga dan wang ringgit apatah lagi... semua tak boleh nak dikira. Walaupun pernah juga aku terasa mahu sahaja menarik diri kerana kekangan masa nak terkejar-kejar mengheret anak2 ke DBP nak bereskan kerja agar perkara-perkara kecil dan dianggap remeh tidak menjadi kecacatan besar pada hari majlis berlangsung.

View blog

Namun ada juga yang manisnya. Langkah membuat promosi majlis pelancaran telah dimuatkan dalam akhbar Siasah dan Utusan Melayu. Wah..., bukan main lagi gambarku ada dalam suratkhabarlah! Bukan itu sahaja, kata seorang rakan guru, wajahku (dan wajah rakan-rakan lain juga) keluar TV. Eh, bila pula? Oh, dalam rancangan Galeri Seni. Dan satu lagi semasa resensi buku barangkali. Hm, nampaknya aku ketinggalan. Kalau kutahu, akupun nak tengok wajahku keluar TV! heheheh...

Aku berharap novelku dan rakan-rakan akan menjadi novel yang laris di pasaran.

Sabtu, Mei 17, 2008

MAWI DAN ANAKKU DI RUMAH PENA


NAMPAK anakku Marni Najiha ni? Nampak macam malu-malu. Sebenarnya, dia tidak takut langsung nak mendekati Mawi.

Ini Mawi. Dia datang sempena majlis puisi di Rumah PENA. Punyalah ramai orang yang datang membanjiri rumah PENA tahun yang biasanya agak lengang saban bulan. Ramai lagi artis-artis lain yang datang buat persembahan. Ini majlis yang diadakan pada tahun lepas. Seawalnya, anak-anakku leka makan. Mereka kenal dan tahu itu Mawi. Tapi, mereka tak pula sibuk nak mendekati Mawi. Mawi ni sibuk melayan orang lain bergambar dan bertanya itu ini. Semasa aku nak balik, aku mencadangkan anak-anakku bersalam dan bergambar dengan Mawi. (Bukan senang nak berjumpa dengan artis popular nih!) Dua anakku enggan mendekati Mawi. Pelik betul anak-anakku ni, mereka tak kisah langsung dengan artis popular ni. Hm... bagusla juga, sekurang-kurangnya, tidaklah unsur hedonisme tu bertapak di jiwa mereka (bukan bermaksud nak remehkan Mawi ye. Aku bukan peminat Mawi dan juga bukan anti artis).
Marni Najiha dengan selambanya cakap dengan Mawi yang dia nak bergambar dan bersalam dengan Mawi. Kembang juga hati aku bila Mawi yang sibuk tu spontan jer duduk untuk bergambar dengan anakku. Hm... bagus la juga budak Mawi ni. Tapi aku masih tak minat sangat dengan dia. Tapi, bagusla Mawi ni memang bagusla dalam bab melayan peminat. Dia tak berlebihan dan tidak juga sombong. Dia jenis yang simple aje.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...