SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Februari 22, 2009

UP DATE BLOG

Aku banyak kali ditegur dengan sikapku yang malas meng'update' blog. kawan-kawan dan suami sendiri pun cakap begitu. bukan sengaja. tapi perasaan ini malas dan tak terpanggil untuk menulis. nak menulis pun kena ada dorongannya. hari ni, aku rasa rajin sikit. KENAPA YA??

Siang tadi aku dapat udara Kuala Lumpur. Walaupun tak sesegar di pergunungan atau seindah di pantai, aku dapat banyak ilham untuk menggerakkan mindaku. banyak benda baru yang singgah di kepalaku. Oh, patutla orang yang bekerja agak jauh dari rumahnya ada banyak idea. Selama ini aku malas ajeee. kenapa yea... aku tanya lagi.

Awak tu duk terperap dengan rutin kerja yang biasa. bukan sekadar itu saja. hambatan kerja, tugasan, tanggungjawab membuatkan awak malas nak fikir benda-benda lain. OWHHH!? ye keee... aku terfikir. Suamiku selalu update blognya di pejabat, bukan di rumah. kalau di rumah, kita nampak anak-anak, pinggan, mangkuk, kain baju, last2 tilam dan bantal ... zzzz sudahnya.
TAK APALAH,
nanti, abang bawalah saya keluar jalan2 selalu. Mungkin banyak dapat idea.
ya selama ini tempat kerjaku hanya beberapa puluh langkah dari rumah. ragam kerjaku yang menekan tetapi biasa2 aja tidak menarik bagiku untuk mendorongku menulis.
SUAMIKU PULAK DIAM. hehehhe
HUH!

5 ulasan:

dhan berkata...

Hi salam singgah...
salam perkenalan.... :)

Rose Harissa (NORA) berkata...

hi hanisah... salam singgah dan salam kenal dari saya... :)

seronoknya tempat kerja dekat ngan umah eh... :)

Nik Fauziah Nik Hussin berkata...

Salam cik anis..
Sihat ker.?
Mmglar nak update blog nih klu kita dapat gi jalan2 ker cuci2 mata, baru idea melimpah ruah kan.kan...kan?

zuraima berkata...

hik3 saya pun dah lama tak singgah sini. ampun ye kak. saya ingat lagi betapa comelnya akak malam hescom tu.

hanisah berkata...

dhan,salam perkenalan
terima kasih.
Rose Harissa... ya, lega ati keja dekat rumah tapi tak ke mana-mana la.
Nik Fauziah, alhamdulillah... saya sihat. idea tu, ada cuma masa bertenang mghasilkan karya sukar sket.
Zue sayanggg... lamanya tak sembang. rindu la plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...