SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.
Memaparkan catatan dengan label PROMOSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROMOSI. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 06, 2011

BERSIN, HIDUNG TERSUMBAT, SELSEMA, SAKIT KEPALA..... ADUHAI SIKSANYA...



SEMALAM, saya sudah pos sedikit tentang info resdung.  Jika mahu tahu lebih banyak tentang penyakit ini, lihat di sini.
Saya memang sudah lama menghidap penyakit ini.  Bangun pagi saja, hidung mesti tersumbat, pening kepala dan mata berair.  Sungguh menyikasakan apatah lagi jika tidak dapat mengelak diri daripada bersin berkali-kali.  Bersin ni kalau dua tiga kali tak apalah lagi.  Ini, sampai lapan hingga tiga belas kali.  Betul, saya tak tipu.  Itulah kesiksaan yang saya alami sejak sekian lama.  Saya sudah mencuba macam-macam produk yang bagus-bagus.  Tahap kesihatan memang bagus, namun penyakit resdung ini terus setia mendampingi diri saya.  Ia bagaikan tidak boleh dihalau dan terus menghantui diri saya.  Cara bersin saya sangat 'unik'.  Sesiapa pun tahu kalau bersin itu, itulah saya.  Saya tidak boleh kontrol 'ayu' lagi kalau mahu bersin.
Oh ya! Kalau kawan-kawan nak tahu tentang jenis-jenis bersin, boleh juga lihat di blog ni.
Ini paling tidak tahan.  Kalau anda berada di majlis yang berprestij seperti di atas, apa anda akan buat jika tiba-tiba bersin 'menyapa'.  hahahah
Oh ya, berbalik kepada masalah resdung saya yang hampir dua puluh tahun setia bersama saya.  Ya, sedar-sedar saya, sejak sekolah lagi tetapi ia teruk sejak bekerja.  Sekarang saya agak bebas.  Saya katakan agak bebas kerana saya masih perlu mengambil sejenis 'penawar' yang dapat meredakan penyakit saya ini.  Kalau seminggu saya tak ambil, resdung saya kembali berdamping.  Itulah pasal saya cakap belum bebas selamanya.  Kerana saya kena berdamping dengan penawar ini.  Namun kehidupan saya banyak berubah.  Apabila saya bangun pagi, saya tidak lagi bersin dua belas kali.  kalau adapun cuma 2 ke empat kali.  Dan sekarang ni saya bersin tidak sekuat dulu.

Sekarang saya beli banyak.  Sebabnya, ada adik beradik, kawan-kawan yang mahu mencuba.  Saya tidak pandai berniaga, jadi saya tidak mahu serius berniaga di sini.  Siapa yang berada dekat dengan saya, atau bertemu saya, bolehlah saya kongsi produk ini dengan harga 'kawan-kawan'.  (Maknanya, lebeh murah dari harga pasaran le tu - faham2 sendiri noh)


Sekarang saya dah boleh tidur sambil tersenyum seperti bayi comel di sebelah ini!

Khamis, Ogos 11, 2011

TANDA-TANDA PENYAKIT

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.

Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu

Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin

Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk

Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat

Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh

Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit

Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:

Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:

Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:

Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.

Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:

Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

Khamis, Jun 30, 2011

PELANCARAN NOVEL



Ahad 3 Julai 2011 adalah tarikh istimewa apabila 40 judul 


buku Kids@Prima dan Teen@Prima akan dilancarkan di SACC 


Mall, Shah Alam sempena Pesta Buku Selangor 2011. Pihak 


Karangkraf sudah sibuk dengan segala gimik perasmian. 


Masa: 1.30 – 1.45pm


Tempat: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)


Antara aktiviti menarik : Teka Jumlah Muka Surat Buku


(Hadiah akan dipos/ terbuka kepada semua pengunjung)


JOM BERAMAI-RAMAI KE SANA!!







dan jangan lupa dapatkan novel saya tau!

Khamis, Jun 16, 2011

APABILA tubuh TIDAK SIHAT ... kita dalam DILEMA

PERNAHKAH kita hadapi situasi begini?  tugasan melambak tetapi tubuh memerlukan rehat.
Jika kita ENGKAR pada kehendak tubuh, tumpuan terhadap kerja memang lari dan tubuh akan semakin terdera.  mengikut satu kajian yang saya baca entah di mana, jika kita bekerja dalam keadaan tidak sihat, ketajaman otak kita akan terjejas.  Jika kita tinggalkan tugas, kita akan diserang rasa bersalah dan tidak tenang.  Kerja yang kita tinggalkan akan menjejaskan kerja pekerja lain.  Dengan makna lain, orang lain pula akan dapat susah.  

Oleh itu, kita kena sihat untuk bekerja.  Mahu gembira dalam kerjaya, kena jaga kesihatan.
Ok, oleh kerana saya tidak sihat, saya cari penawar.  Saya ini kerap sekali bersin waktu pagi.  Resdung teruk.  Kebetulan saya terdengar radio di dalam kereta tentang produk penapis air.  Ya, baru saya teringat, air adalah salah satu ejen penting dalam tubuh bagi memastikan kesihatan kita baik atau tidak.  
Saya terus memasang penapis air RX Water.  Produk ni ada teknologi ozon untuk mencuci buah, makanan dan apa saja.  Sebenarnya produk ini agak mahal, tetapi saya mahu dapatkan dengan harga murah.  Saya masuk jadi ahli.

Namun, saya bukanlah pandai berniaga tetapi kalau kawan-kawan yang senang bertemu bolehla guna kemudahan keahlian saya.  Sungguh, saya tak boleh bagi tumpuan untuk buat kerja sambilan lain selain menulis!  Namun, saya mahu berkongsi dengan kawan-kawan...  andai sesiapa mahu tahu lebih lanjut silalah ke link yang saya beri di sini...
* ...tenangkan diri dengan terapi bunyi air terjun

Sabtu, Mei 28, 2011

ADA APA CUTI SEKOLAH INI




NAK TAU APA BUKU-BUKU YANG BOLEH KITA BACA SEMPENA CUTI SEKOLAH INI? Apa yang SESUAI UNTUK KANAK_KANAK DAN REMAJA?
PILIHAN DI TANGAN ANDA. MARI KITA LIHAT APA YANG ADA....
.Di BUKUPRIMA pelbagai jenis buku yang menarik untuk kanak-kanak berusia antara 3 tahun sehinggalah belasan tahun. Pilih sahaja mana yang sesuai. jika mahu lebih jelas, boleh lihat dahulu sinopsis cerita. Saya yakin anda tidak akan kecewa jika memilikinya. AYUH!! cepat-cepat dapatkan koleksi-koleksi ini..

Isnin, Mei 26, 2008

PETIKAN AKHBAR

Sumber : Utusan Malaysia Online di
http://www.utusan.com.my/
Sektor industri dalam novel terbaru DBP

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

NOVEL sama seperti genre-genre kreatif lain, merupakan wadah yang digunakan oleh penulis bagi mengisahkan tentang pelbagai tema serta jalan cerita sama ada ia rekaan atau benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian.Oleh itu, tema yang diketengahkan rencam sifatnya. Industri yang saling berkait rapat dengan dunia perniagaan misalnya merupakan antara subjek yang sering diutarakan menerusi novel seiring dengan perjalanan sesebuah cerita yang dikisahkan.
Meskipun sesebuah industri itu bersifat kecil ataupun sederhana tetapi ia banyak memainkan peranannya dalam mengembangkan lagi watak-watak dalam sesebuah novel tersebut.
Malah, paling menarik apabila subjek tentang dunia industri yang cukup luas cakupannya itu secara tidak langsung telah diketengahkan menerusi 14 novel terbaru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Karya-karya tersebut ialah Menuju Puncak, Desir Angin Di Pergunungan, Ketika Embun Menitis, Aroma Hati, Kasih Bertaut, Meniti Batas, Menggapai Puncak, Tinta Elipsis, Mencari Teduh Di Kuala, Kirana, Di Sebalik Mentari Jingga, Air Mata Ibu, Tirani dan Lagukan Senandung Itu.

Menggapai Puncak karya Razali Endun misalnya, mengetengahkan tentang industri pengangkutan yang membabitkan bas mini dan feri di mana ia banyak membantu mengembangkan penceritaan novel itu.

Watak Ujang yang digambarkan sebagai anak kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi terpaksa meninggalkan kampung halamannya untuk mencuba nasib di rantau orang.
Menurut Razali, terdapat banyak unsur imbasan semula dalam mewarnai perjalanan cerita Ujang yang menaruh hati terhadap Milah tetapi ia tidak mengaburi penghayataan pembaca.
"Apa yang cuba saya ketengahkan dalam novel ini antara lain berdasarkan pengalaman saya sewaktu terbabit dalam industri pengangkutan membabitkan bas mini suatu ketika dulu.
"Semua itu saya garap bagi menguatkan lagi jalan cerita dan watak Ujang dalam usahanya untuk menggapai cita-cita dalam hidupnya itu," katanya ketika ditemui di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Novel Kasih Bertaut karya Zamidah Hashim bukan setakat memaparkan pertautan kasih sayang dan dilema hubungan suami isteri tetapi beliau turut menyelitkan tentang perjalanan industri makanan kesihatan jenama Orang Kampung (OK).

Jenama OK mungkin cuma sekadar suatu produk industri yang diketengahkan tetapi intipati perjalanan cerita yang melatari novel itu lebih kepada watak tuan punya jenama tersebut.
Zamidah menggunakan perjalanan pengalaman sebenar pengusaha jenama OK iaitu Manggar Hanif sebagai tonggak cerita yang menggambarkan tentang jatuh bangun usahawan itu dalam bidang perniagaan.

"Hampir 80 peratus daripada jalan cerita ini merupakan kisah benar Manggar. Saya minta kebenaran daripadanya yang merupakan orang kampung saya di Teluk Mas, Melaka. Dia memberi kebenaran kepada saya menggunakan serba sedikit tentang pengalamannya itu," ujarnya.

Biarpun Kasih Bertaut menyerlahkan perniagaan OK yang antara lain mengeluarkan produk minuman herba Tongkat Ali tetapi konflik watak utama novel ini dengan isterinya merupakan persoalan utama yang cuba dipaparkan.

Selain industri pengangkutan dan makanan, Noor Hanisah Othman pula cuba merungkai di sebalik kepayahan watak Wafa yang mengharungi kepayahan mengusahakan pusat bimbingan kanak-kanak menerusi novel berjudul Menuju Puncak.

"Pusat bimbingan kanak-kanak yang diusahakan Wafa itu cuma sekadar subjek atau simbolik sahaja, sebaliknya falsafah tentang kesungguhan demi mengejar kejayaan yang tidak pernah berakhir merupakan tema novel itu," katanya.

Sementara itu, Ibnu Ahmad Al Kurauwi menerusi novelnya yang berjudul Tinta Elipsis pula memaparkan tentang industri penerbitan seperti buku sekolah dan majalah.

Kesibukan watak Amir menerusi novel itu dalam tugasannya dalam bidang penerbitan telah mencetuskan sedikit masalah daripada segi pembahagian masa bersama isterinya.

Kata Ibnu Ahmad atau nama sebenarnya, Azman Ahmad, 60 peratus daripada jalan cerita Tinta Elipsis merupakan pengalamannya sendiri dalam dunia penerbitan, manakala selebihnya berdasarkan cerita imaginasinya sendiri.

"Amir digambarkan sebagai seorang yang kuat bekerja di mana sikapnya itu akhirnya menjerumuskannya dalam suatu dilema. Hinggalah pada penghujung novel ini, dia membuat satu keputusan.

"Sebab itu, saya gunakan judul novel ini sebagai elipsis yang bermaksud tiga noktah (...) di mana ia menggambar seperti suatu teka-teki," ujarnya.

Kesemua 14 Novel itu akan dilancarkan di DBP pada 7 Jun ini di mana ia bakal disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Sabtu, Mac 22, 2008

Sinopsis-Menuju Puncak (Novel)


Sinopsis-Menuju Puncak

Wafa', impiannya setinggi gunung, azamnya seluas lautan. Namun, kemampuan yang ada padanya terbatas. Desakan hidup menyebabkan cita-citanya hampir terkubur begitu saja. Akan tetapi, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa. Baginya, perjalanan hidup masih begitu panjang. Dia pasti punya masa untuk memperbaiki segala kepincangan yang ada. Namun, menyulam angan-angan memang mudah, sedangkan realiti hidup begitu sukar. Bersuamikan Mansor, dia cuba menaikkan taraf hidupnya, tetapi sering saja dia menemui kebuntuan.

Semua usaha yang dibuat gagal di tengah jalan. Lalu, akhirnya dia hilang punca untuk bangkit kembali. Dan, beban perasaannya bertambah apabila Mansor mula berubah tingkah. Dalam keputusasaan itu, dia pulang ke kampung. Apakah yang terjadi kepada Wafa' seterusnya? Mahukah dia kembali semula ke pangkuan Mansor? Sudah terlambatkah Mansor? Atau, Wafa' tetap berdegil dengan membiarkan impian dan hatinya walang sendiri?" Novel ini memaparkan kehidupan suka-duka seorang guru biasa yang bersemangat tinggi di samping menjalani kemelut dalam kehidupan peribadinya. Hidupnya penuh konflik dalam mencapai kebahagiaan. Novel ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jalan ceritanya mudah diikuti. sesuai untuk bacaan semua peringkat dan sarat dengan mesej perjuangan, kasih sayang dan pengorbanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...