SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.
Memaparkan catatan dengan label RESPON : berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESPON : berita. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 17, 2008

PELAJAR PUKUL GURU

BARU tingkatan 3. Perempuan. Sudah ada geng samseng. Berani lawan dan pukul orang. Guru sendiri pula tu. Agaknya 5 tahun lagi, bagaimana keadaannya??? Inilah peristiwa yang berlaku di Perlis. Senario ini menggemparkan dan mencetuskan rasa kesal, geram dan marah pada guru-guru seluruh Malaysia dan mungkin juga seluruh dunia. Apapun, sekolah berkenaan tentu menjadi meletup popular dengan kejadian yang tidak diingini serta memalukan ini.

Saya turut terpanggil untuk berfikir. Amat terganggu. Apa nak jadi sepuluh tahun lagi. Saya masih seorang guru. Bagaimana kerenah anak didik saya. Rata2 guru kini pernah didatangi ibu bapa yang tidak puas hati tentang layanan guru terhadap anak mereka. Pasti juga tidak terlepas menghadapi pelajar biadap.

Jika dikaji, menagapakah pelajar sekarang bersikap begitu? Mungkinkah ibu bapa tidak memainkan peranan sewajarnya di sekolah? Atau guru yang tidak mengajar? kedua2 faktor ini mungkin benar. Ibu bapa sibuk mencari wang dan guru kurang tumpuan terhadap pelajar sebab tugas yang pelbagai. Atau mungkin juga tekanan yang dihadapi di rumah seperti tidak cukup wang, masalah keluarga. Atau mungkin juga tekanan pelajaran yang semakin rencam menyebabkan pelajar tertekan dan tidak dapat menikmati zaman remaja yang selesa. Jadi, mereka mencari jalan keluar. Mereka membuat hubungan baik dengan kawan-kawan yang sealiran dan boleh berkongsi segala masalah susah senang bersama. Dengan itu, timbullah pemberontakan yang tidak disangka-sangka.
Perlukah kita menuding jari pada satu-satu pihak?
Seharusnya, kita perlu menangani hal masalah ini dengan bijak. Dekatilah pelajar berkenaan; mungkin ada sesuatu yang terpendam di dalam diri mereka yang menyebabkan mereka biadap dan samseng. Dalamilah bagaimana pula masalah guru berkenaan; mungkin sudah lama dia menghadapi kerenah buruk dan masalah kekangan tuntutan kerja dan bebanan tanggungjawab dan carilah jalan untuk memudahkan guru menjalankan tugas mereka. Lihatlah pula apa masalah ibubapa yang gagal mengawal tingkahlaku anak-anak; mungkin juga mereka ini golongan yang sibuk bekerja kerana tuntutan hidup yang semakin menghimpit masa kini. Semua ini bukanlah semudah membaca berita sensasi dan menelaah fakta untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Fahami situasi dan cari jalan. Ya, itu bukan mudah. dan memakan masa melibatkan kerjasama mengorbankan tenaga dan material.

Ahad, Jun 15, 2008

MAT REMPIT samseng LAGI

Tadi, aku tonton berita. Berita tentang keganasan mat-mat rempit yang telah mengorbankan seorang remaja.
Seorang muda bersiar-siar dengan kekasihnya di Tasik Titiwangsa. Mana nak sangka, sekumpulan matrempit bekenan pula dengan makwe orang (celaka betul anak-anak muda itu. kebiadapannya sampai tahap yang paling kurang ajar! Seeettttttannnnnn betul mereka!). Mereka mengejar pemuda itu dengan makwenya. Berani pula main baling-baling besi sampai terkena pemuda itu. akhirnya dia mati kemalangan.

Mat-mat rempit celaka tu???? Ramai-ramai mereka melarikan diri. Taknak pula bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Takut juga ditangkap polis. Nyawa pemuda yang tidak kena mengena dengan matmat rempit celaka itu? sia-sia sahaja terkorban.

Bukan sekali kisah keganasan matmat rempit ni. Mereka membahayakan pengguna jalanraya. Mereka berani mengganggu anak dara orang. Mereka berani maki orang. Mereka berani baling polis, ugut polis. Mereka malah tak takut dan terang-terangan membunuh orang! Siapa mereka ini?
Apakah negara ini masih terkawal tahap keselamatannya apabila tempat awam seperti jalanraya sudah bermaharajalela di jalanraya tanpa peduli sama ada orang kenal atau tidak. Mereka bergerak dalam kumpulan dan tidak takut lagi membuat kesalahan malahan kesamsengan mereka seperti satu kemestian pula di jalanan.
Apakah tindakan pihak tertentu dalam menangani kesamsengan matrempit yang menjadi2? Apakah pihak polis sudah tidak lagi berupaya menanganinya.
Kepada pihak tertentu (yang punya kuasa), carilah jalan agar kesamsengan mat-matrempit ini ditangani dan dimansuhkan terus. Kita tak ingin negara ini terkenal dengan kota samseng jalanan.

Kaji dan cari punca bagaimana Matmatrempit ni makin besar bilangannya. dari situ, jalan penyelesaian boleh dicari. Kepada rakan2 matmat rempit, saudara2 matmatrempit, kaum kerabat matmat rempit dan matmatrempit sendiri... harapnya sedarlah. Kesianlah dengan pengguna jalanraya lain. Kawallah sikap diri. Ingatlah di dunia ini anda samseng, di akhirat esok siapa yang boleh samseng lagi???

Ps / Teringat aku akan kisah seorang Mat Rempit yang masih lagi muda mati. Atas satu sebab, mayatnya digali semula... rupa mayatnya yang baru saja dua tiga jam ditanam, kelihatan sungguh mengerikan. Itulah dia balasan Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...