SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Jun 15, 2008

MAT REMPIT samseng LAGI

Tadi, aku tonton berita. Berita tentang keganasan mat-mat rempit yang telah mengorbankan seorang remaja.
Seorang muda bersiar-siar dengan kekasihnya di Tasik Titiwangsa. Mana nak sangka, sekumpulan matrempit bekenan pula dengan makwe orang (celaka betul anak-anak muda itu. kebiadapannya sampai tahap yang paling kurang ajar! Seeettttttannnnnn betul mereka!). Mereka mengejar pemuda itu dengan makwenya. Berani pula main baling-baling besi sampai terkena pemuda itu. akhirnya dia mati kemalangan.

Mat-mat rempit celaka tu???? Ramai-ramai mereka melarikan diri. Taknak pula bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Takut juga ditangkap polis. Nyawa pemuda yang tidak kena mengena dengan matmat rempit celaka itu? sia-sia sahaja terkorban.

Bukan sekali kisah keganasan matmat rempit ni. Mereka membahayakan pengguna jalanraya. Mereka berani mengganggu anak dara orang. Mereka berani maki orang. Mereka berani baling polis, ugut polis. Mereka malah tak takut dan terang-terangan membunuh orang! Siapa mereka ini?
Apakah negara ini masih terkawal tahap keselamatannya apabila tempat awam seperti jalanraya sudah bermaharajalela di jalanraya tanpa peduli sama ada orang kenal atau tidak. Mereka bergerak dalam kumpulan dan tidak takut lagi membuat kesalahan malahan kesamsengan mereka seperti satu kemestian pula di jalanan.
Apakah tindakan pihak tertentu dalam menangani kesamsengan matrempit yang menjadi2? Apakah pihak polis sudah tidak lagi berupaya menanganinya.
Kepada pihak tertentu (yang punya kuasa), carilah jalan agar kesamsengan mat-matrempit ini ditangani dan dimansuhkan terus. Kita tak ingin negara ini terkenal dengan kota samseng jalanan.

Kaji dan cari punca bagaimana Matmatrempit ni makin besar bilangannya. dari situ, jalan penyelesaian boleh dicari. Kepada rakan2 matmat rempit, saudara2 matmatrempit, kaum kerabat matmat rempit dan matmatrempit sendiri... harapnya sedarlah. Kesianlah dengan pengguna jalanraya lain. Kawallah sikap diri. Ingatlah di dunia ini anda samseng, di akhirat esok siapa yang boleh samseng lagi???

Ps / Teringat aku akan kisah seorang Mat Rempit yang masih lagi muda mati. Atas satu sebab, mayatnya digali semula... rupa mayatnya yang baru saja dua tiga jam ditanam, kelihatan sungguh mengerikan. Itulah dia balasan Tuhan.

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama16 Jun, 2008

    salam kak jelita anis... maaf saya tak tahu nak letak kat mana komen saya. terima kasih kerana melawat blog saya. dan saya gembira serta rasa berbaloi sebab entri terbaru saya -objektif yang teramat- turut mendapat sentuhan akak di ruangan komen. tengkiu very mass!!! zuraima

    BalasPadam
  2. baru aku jumpa blog ni... garangnya kau!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama11 Julai, 2008

    slm kak hanisah, jian dan saga sudah ada bersama saya.. bila mau ketemu?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Jelita Anis.
    Sisipan Ilham blog..Tahniah anis, saya akan menjadi pengunjung setia Sisipan Ilham blog..

    BalasPadam
  5. saya pun takut ngan mat rempit nie...kekadang hairan, mrk ni tak ada kerja lain ke nak buat selain merempit...huhuhu. kemudian, yg masih remaja tu, knp boleh lepas bebas tanpa pengawasan ibu bapa...

    BalasPadam
  6. jgn kata merempit jer, menyamun pun banyak gak

    BalasPadam
  7. Itu tanda TIADA keseimbangan Iman Ilmu Amal. Kesian mat-mat rempit tue, tak dapat merasa nikmat idup yang indah! Semoga mereka ditemukan jalan kebenaran.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...