SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Jun 15, 2008

DUNIA Melayu di Muzium Negara


AMBOI, seronoknya depa pegi Muzium anak beranak. Sebenarnya budak-budak ni belum mandi lagi. Si kecil tu pampers pun tak tukar sejak bangun tidur. Ini rancangan tergempar suami aku yang tiba-tiba sahaja terasa nak bawa anak-anak pergi Muzium setelah menghantarku ke kelas (kuliah OUM) di Cheras. Kebetulan, memang dia lalu muzium.

Tak banyak yang ada di Muzium Negara. ('betulkah ini Muzium?' kata laki aku bila mula masuk ke ruang besar muzium. Rasanya suatu ketika dahulu, lagi banyak barang. Ke mana perginya khazanah-khazanah itu? Namun, sudah berpuluh tahun Malaysia merdeka, muzium yang bertarap kebangsaan tidak menunjukkan peningkatan mutu pamerannya, padaku ini suatu yang tidak enak didengar. Lagipun ia satu destinasi pelancongan bertaraf dunia!

Apa yang aku nak cakapkan lagi ialah pasal sudut pameran Dunia Melayu yang ada di muzium ini. Mungkinkah kurang bahan pameran atau kurang bahan kajian atau kurang budget nak dapatkan bahan pameran? Dunia Melayu di Muzium Negara mendukacitakan sekali. Agaknya, sudut pamerannya nak diglobalkan seperti halnya dengan pertukaran bahasa penghantaran subjek sains mate (opsss, tersasul! ... agaknyalah...).


Lihatlah gambar di atas. Inilah sahaja pameran yang menarik tentang dunia Melayu di mana patung (rupa minah saleh) memakai pakaian fabrik batik (murah). Hm, banyak lagi jenis fabrik dunia Melayu yang boleh dijadikan bahan pameran. Batik saja ada berbagai jenis - batik pelangi, batik jawa, batik tulis, batik lukis. Fokus pada corak, cerita pasal motif, kaitan dengan pengaruh indon, india, cina dan sebagainya... banyak bahannya, kalau naklah. Itu baru cerita batik melayu! ada 1001 lagi hal tentang dunia melayu. Bukan pameran 'hantu melayu' sahaja yang banyak bahannya!

Harapnya, pihak muzium melakukan sesuatu usaha yang agak besar untuk menjadikan Muzium bertaraf kebangsaan ini diminati pengunjung tempatan dan asing. Bahkan ianya boleh menjadi suatu pusat dokumentasi dan kajian bagi pecinta budaya dan warisan kebangsaan. Apalah gunanya Muzium Negara Malaysia yang miskin bahan pameran terutama sekali tentang dunia Melayu.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...