SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Sabtu, Jun 14, 2008

KISAH MAJLIS PELANCARAN NOVEL






7 JUN 2008 mencatat sejarah di DBP apabila 14 buah novel termasuk novel aku dan kawan-kawan penulis Kepezi. Hari itu merupakan hari bermakna buatku kerana ini merupakan pelancaran novelku yang pertama. Apatah lagi penerbitnya adalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Inilah 14 novel yang telah dilancarkan.


Sebagai AJK pelaksana majlis pelancaran itu, aku, Pak Razali Endun, Uztaz Azman, Kak Hamidah, Zahura dan SF telah merancang dibantu oleh ahli-ahli Kepezi yang lain dan tiupan semangat oleh bonda Zaharah Nawawi. Sudah lebih setahun majlis ini dirancang.

Apa yang menjadi kekangan pada mulanya adalah budget. Namun, pada saat hampir dengan tarikh majlis nak diadakan, DBP telah sudi menghulurkan pembiayaan penuh. Dawama membiayai jamuan makan untuk jemputan 200 orang. ALHAMDULILLAH... Ustaz Azmanlah yang menjadi orang kuatnya. Kerja nak buat majlis ni rupa-rupanya sukar juga apatah lagi jika melibatkan pihak lain yang membiayai itu ini. Sebagai AJK pelaksana, kami menjalankan tugas yang diamanahkan (heheheh... kdg2 terasa macam syok sendiri pula). Kadang-kadang mengharungi perkara yang agak sukar seperti hendak mengaturkan urusan rumahtangga dan kerja. Tenaga dan wang ringgit apatah lagi... semua tak boleh nak dikira. Walaupun pernah juga aku terasa mahu sahaja menarik diri kerana kekangan masa nak terkejar-kejar mengheret anak2 ke DBP nak bereskan kerja agar perkara-perkara kecil dan dianggap remeh tidak menjadi kecacatan besar pada hari majlis berlangsung.

View blog

Namun ada juga yang manisnya. Langkah membuat promosi majlis pelancaran telah dimuatkan dalam akhbar Siasah dan Utusan Melayu. Wah..., bukan main lagi gambarku ada dalam suratkhabarlah! Bukan itu sahaja, kata seorang rakan guru, wajahku (dan wajah rakan-rakan lain juga) keluar TV. Eh, bila pula? Oh, dalam rancangan Galeri Seni. Dan satu lagi semasa resensi buku barangkali. Hm, nampaknya aku ketinggalan. Kalau kutahu, akupun nak tengok wajahku keluar TV! heheheh...

Aku berharap novelku dan rakan-rakan akan menjadi novel yang laris di pasaran.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama19 Jun, 2008

    salam. mana satu novel sdr anis?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...