INI SEJADAH KAT RUMAH SAYA YANG BERDIRI MENGADAP KIBLAT. SAYA AMBIL GAMBAR INI SEBAIK SAJA SELESAI SOLAT |
Ya, memang pelik sejadah berdiri! Dalam berita malam ini, ada lagi kisah sejadah berdiri. Ini mungkin kesan tindak balas Jin Islam yang ingin menzahirkan keujudannya. Dan, mungkin juga satu helah. oh, maafkan saya kerana menyatakan ianya satu helah. Saya tidak menuduh siapa-siapa. Namun, saya yang dangkal ilmu ini ingin mengingatkan bahawa kejadian pelik seperti ini mungkin helah jin. Mungkin juga helah manusia. Usahlah kita membesar-besarkan kejadian pelik sebegini. jika satu dua cerita, tidak apa. Jika terlalu banyak, ia sudah jadi macam-macam perkara. Manusia mudah terpengaruh dengan kepelikan. dilihat ada barang pelik, digunakan untuk pemujaan nombor ekor. ada juga yang gunakan benda-benda pelik ini dengan mengambil kesempatan mendampingi makhluk halus. manusia memang berminat dengan misteri-misteri seperti cerita hantu-hantu.