"Bang, di pejabat abang, siapa yang paling cantik?" Si isteri tersenyum dengan penuh manja sambil mengelus-ngelus rambut si suami.
"Mana ada yang cantik di ofis tu, semuanya jantan..." Si Suami mula menunjukkan respon manja. Dia baru sahaja berbaik-baik dengan isterinya semalam.
"Patutlah abang selalu pulang awal sekarang ini." Si isteri berasa lega.
"Memanglah. Nasib baiklah abang ada Edi yang rajin membantu."
"Dah lama ke Edi tu membantu abang?" Si Isteri rasa beruntung kerana suaminya
dapat bersamanya selalu apabila pulang awal.
"Baru aje dua minggu dia bekerja."
"Abang kena beri dia ganjaran tau," si Isteri mengingatkan.
"Dah, abang selalu belanja dia makan."
"Mana cukup! berilah dia hadiah."
"Yang janganlah bimbang, minggu lepas abang dah beri. Dia pun sangat suka untuk menolong abang selalu." Si Suami bahagia terbayangkan senyuman Edi.
"Pernahkah abang beri hadiah mahal padanya?"
"Baru sekali. Abang dah janji nak beri dia lagi."
"Apa abang beri padanya?"
"Minggu lepas, abang dah belikan dia cincin emas. Minggu depan abang janji nak beli yang berlian pula."
"Edi tu pondankah?" Si Isteri terasa pelik dengan selera pekerja suaminya.
"Takkanlah perempuan cantik begitu seorang pondan pulak..." Si Suami menjawab secara tidak sedar.
"Apa!?" Si Isteri tiba-tiba melompat dan menolak suaminya.
"Alamak, rahsia dah bocor!" Si suami menepuk dahi kerana hajatnya tak kesampaian. Sebaliknya sekejap lagi 'perang' akan meletus!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan