SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Jumaat, Oktober 17, 2008

PELAJAR PUKUL GURU

BARU tingkatan 3. Perempuan. Sudah ada geng samseng. Berani lawan dan pukul orang. Guru sendiri pula tu. Agaknya 5 tahun lagi, bagaimana keadaannya??? Inilah peristiwa yang berlaku di Perlis. Senario ini menggemparkan dan mencetuskan rasa kesal, geram dan marah pada guru-guru seluruh Malaysia dan mungkin juga seluruh dunia. Apapun, sekolah berkenaan tentu menjadi meletup popular dengan kejadian yang tidak diingini serta memalukan ini.

Saya turut terpanggil untuk berfikir. Amat terganggu. Apa nak jadi sepuluh tahun lagi. Saya masih seorang guru. Bagaimana kerenah anak didik saya. Rata2 guru kini pernah didatangi ibu bapa yang tidak puas hati tentang layanan guru terhadap anak mereka. Pasti juga tidak terlepas menghadapi pelajar biadap.

Jika dikaji, menagapakah pelajar sekarang bersikap begitu? Mungkinkah ibu bapa tidak memainkan peranan sewajarnya di sekolah? Atau guru yang tidak mengajar? kedua2 faktor ini mungkin benar. Ibu bapa sibuk mencari wang dan guru kurang tumpuan terhadap pelajar sebab tugas yang pelbagai. Atau mungkin juga tekanan yang dihadapi di rumah seperti tidak cukup wang, masalah keluarga. Atau mungkin juga tekanan pelajaran yang semakin rencam menyebabkan pelajar tertekan dan tidak dapat menikmati zaman remaja yang selesa. Jadi, mereka mencari jalan keluar. Mereka membuat hubungan baik dengan kawan-kawan yang sealiran dan boleh berkongsi segala masalah susah senang bersama. Dengan itu, timbullah pemberontakan yang tidak disangka-sangka.
Perlukah kita menuding jari pada satu-satu pihak?
Seharusnya, kita perlu menangani hal masalah ini dengan bijak. Dekatilah pelajar berkenaan; mungkin ada sesuatu yang terpendam di dalam diri mereka yang menyebabkan mereka biadap dan samseng. Dalamilah bagaimana pula masalah guru berkenaan; mungkin sudah lama dia menghadapi kerenah buruk dan masalah kekangan tuntutan kerja dan bebanan tanggungjawab dan carilah jalan untuk memudahkan guru menjalankan tugas mereka. Lihatlah pula apa masalah ibubapa yang gagal mengawal tingkahlaku anak-anak; mungkin juga mereka ini golongan yang sibuk bekerja kerana tuntutan hidup yang semakin menghimpit masa kini. Semua ini bukanlah semudah membaca berita sensasi dan menelaah fakta untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Fahami situasi dan cari jalan. Ya, itu bukan mudah. dan memakan masa melibatkan kerjasama mengorbankan tenaga dan material.

3 ulasan:

  1. hmm, konflik biasa tapi tetap gak tak patut berlaku. kedua-dua pihak menghadapi tekanan; tapi tak bermakna saya sokong pelajar tu. hmm... ada masalah ke dengan sistem pengajaran di sekolah sampai masih wujud pelajar macam?

    BalasPadam
  2. nasib baik saya tak jadi guru...

    BalasPadam
  3. hem...
    budak2 sekarang...
    mudah2 an anak2 kita tak jadik seperti kes yang sama...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...