SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Jumaat, Ogos 22, 2008

ISU DAN INFO NYAMUK (lagi) DAN BACK TO THE NATURE

TAHUKAH APA KANDUNGAN PENYEMBUR NYAMUK DI RUMAH TU. RACUN SERANGGA, walaupun racun serangga piretroid tidak berbahaya, tetapi racun serangga dapat menyebabkan keracunan dan kematian dengan dos-dos yang tertentu; bergantung kepada cara ia memasuki tubuh manusia. Keracunan juga menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat dan boleh mengakibatkan sawan, koma, dan sesak nafas.


INI YANG SAYA DAPAT DARI WEBSITE

Racun piretroid dihasilkan daripada ekstrak bunga kekwa (chrysanthemum). Sebatian piretrum ini mengandungi beberapa jenis bahan aktif piritrin. Bahan aktif ini kemudiannya dicampurkan dalam proses penyulingan minyak. Bahaya bagi kanak-kanak yang mengidap asma boleh mengalami lelah serta merta jika terhidu racun ini. Jika kerap kali terhidu boleh menyebabkan saluran atas pernafasan gatal-gatal, radang kerongkong, rinitis, dan berlaku gerakbalas hipersensitiviti. Jika racun piretroid (jenis semburan) terkena kulit ataupun mata, ia boleh memedihkan serta menyebabkan gatal-gatal. Jika terkena kulit basuhlah segera.

LAGI INFO NYAMUK : tahukah anda sebenarnya hanya nyamuk betina yang hisap darah!
Bahagian mulut nyamuk membentuk saluran panjang untuk menembusi kulit mamalia dan reptilia untuk
menghisap darah. Ini kerana nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur selain dietnya madu dan jus buah. Bahagian mulut nyamuk jantan tidak sesuai untuk menghisap darah. Lagi, agak pelik nyamuk betina mampu senyawakan sperma yang disimpan pada badannya. Ini bermakna hanya setitik sperma nyamuk boleh dibiakkan berkali-kali untuk beratus-ratus biji. WAH, INI MENAKUTKAN SEKALI!
DAN LAGI...
nyamuk kini didapati sudah imum pada racun serangga. daripada kajian pakar serangga Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun. Beliau merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini. Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga. Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang.
o, ini lebih menakutkan!
KOMEN SAYA:
patutlah kembali kepada alamiah. Contohnya dengan membela ikan gapi. Jangan tebang hutan untuk kawal suhu alam sekitar (nyamuk membiak cepat kerana faktor perubahan cuaca yang tak menentu). Biakkan serangga pepatung kerana larva pepatung makan larva nyamuk dan pepatung makan nyamuk. Gantikan penyemburan asap dengan semburkan garam ke. (agaknya tempat berair masin tidak disenangi nyamuk)
Pendek kata, kita KEMBALI KEPADA ALAM SEMULAJADI.

5 ulasan:

  1. mujur kat cameron tak ada nyamuk!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama26 Ogos, 2008

    heheheh ...kat sana takda baju sejuk utk nyamuk!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28 Ogos, 2008

    Salam kunjungan balas

    Ilhami

    BalasPadam
  4. Maaflah saya ketinggalan kereta api. Tak tahu Hanisah ada blog. Saya paut blog Hanisah di blog saya.

    al-Kurauwi

    BalasPadam
  5. Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...