SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Sabtu, Mac 22, 2008

Sinopsis-Menuju Puncak (Novel)


Sinopsis-Menuju Puncak

Wafa', impiannya setinggi gunung, azamnya seluas lautan. Namun, kemampuan yang ada padanya terbatas. Desakan hidup menyebabkan cita-citanya hampir terkubur begitu saja. Akan tetapi, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa. Baginya, perjalanan hidup masih begitu panjang. Dia pasti punya masa untuk memperbaiki segala kepincangan yang ada. Namun, menyulam angan-angan memang mudah, sedangkan realiti hidup begitu sukar. Bersuamikan Mansor, dia cuba menaikkan taraf hidupnya, tetapi sering saja dia menemui kebuntuan.

Semua usaha yang dibuat gagal di tengah jalan. Lalu, akhirnya dia hilang punca untuk bangkit kembali. Dan, beban perasaannya bertambah apabila Mansor mula berubah tingkah. Dalam keputusasaan itu, dia pulang ke kampung. Apakah yang terjadi kepada Wafa' seterusnya? Mahukah dia kembali semula ke pangkuan Mansor? Sudah terlambatkah Mansor? Atau, Wafa' tetap berdegil dengan membiarkan impian dan hatinya walang sendiri?" Novel ini memaparkan kehidupan suka-duka seorang guru biasa yang bersemangat tinggi di samping menjalani kemelut dalam kehidupan peribadinya. Hidupnya penuh konflik dalam mencapai kebahagiaan. Novel ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jalan ceritanya mudah diikuti. sesuai untuk bacaan semua peringkat dan sarat dengan mesej perjuangan, kasih sayang dan pengorbanan.

2 ulasan:

JaCk berkata...

Greetings from Italy :D

Sisipan Ilham berkata...

harap sudi mendapatkan yang asli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...