SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Selasa, April 29, 2008

Ubat dan perkhimatan. Perlukah pelanggan menerima tekanan?

Hari ini saya tidak sihat. Demam sikit. Sebenarnya pagi tadi saya ok. Ada sikit selsema. Lepas basuh pinggan periuk dan macam-macam, agaknya saya sejuk. Saya bersin berkali-kali. bersin dan bersin dan akhirnya kepala saya sakit. Perut saya pun senak asyik menahan sakit bersin tu. Saya pun ke klinik. Bukan nak ambil ubat sebenarnya. Saya dah ada banyak ubat. Cuma, saya nak ambil MC (bukan nak ngelat keja ni).

Saya sudah pergi kerja. Tapi saya benar-benar tak dapat teruskan kerja. Tumpuan saya hilang. Lepas saya balik dari klinik (suami saya yang bawa saya ke klinik, nak drive dah rasa tak larat), saya tidur saja walaupun belum makan ubat. Saya memang perlukan rehat.

Apa yang saya nak cerita kat sini ialah, saya biasa sakit demam. Tapi, saya elak untuk pergi ke klinik. Saya lebih memilih untuk ke farmasi. Sebab, di sana ada macam-macam pilihan ubat dan suplemen. Selain itu juga ada produk kecantikan, barangan bayi dan macam-macam. Hm, macam-macam ada...!

Di farmasi juga ada ahli farmasi yang bertauliah. Dia akan memilih ubat, produk, atau apa saja yang sesuai dan selamat untuk penyakit kita dan pastinya lebeh murah daripada cas ubat yang dikenakan doktor di klinik. Dan lagi, saya diberi pilihan untuk ubat yang sesuai dengan diri dan 'poket' saya. Saya dapat banyak info kesihatan di farmasi. Berbanding dengan mengunjungi klinik berbayar, kita tiada pilihan selain menerima saranan ubatan yang diberi. Saya juga tidak diberi penerangan yang panjang tentang jenis ubat yang saya perlu terima. (Di sini, hanya doktor yang tahu apa yang saya perlukan. Dan saya hanya perlu tahu: saya perlu menerima dan membayar harganya).

Saya selalunya ke klinik'berkenaan' dan berjumpa doktor yang biasa. Doktor yang seorang itu memberi saya kelonggaran untuk terus menggunakan ubat yang ada jika jenisnya sama dengan yang disarankan. lagipun, ubat itu saya ambil di kliniknya juga. Jadi, saya sudah dapat menjimatkan wang. Saya hanya perlu bayar harga perkhidmatannya plus dengan harga ubat antibiotik, jika perlu.

Hari ini, doktor yang biasa tu tak ada, kawannya yang bertugas.
Doktor yang satu ini tahu saya hanya perlukan pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan sijil cuti. Saya telah memberitahu doktor yang saya sudah ada ubat yang sesuai dengan saya. Maksudnya, saya datang ke klinik hanya semata-mata mahukan pengesahan bahawa saya boleh diberi cuti (jika layak).

Sungguhpun begitu, di kaunter pendaftaran, saya masih diberi ubat yang sama jenis dengan ubat yang saya ada. Semasa suami saya membayar harga ubat dan perkhidmatan doktor, saya terasa agak tidak puas hati sebenarnya. Mahalnya, detik hati saya. Kalaulah saya tidak perlukan cuti... saya pasti tidak datang ke klinik itu.

Saya terfikir, adakah doktor-doktor di klinik ini memberi perkhidmatan untuk mengaut keuntungan berlebihan atau ingin memberi perkhidmatan alternatif kepada masyarakat. Kita akui harga ubat semakin melambung. Tetapi, harga ubat-ubatan yang disaran dan dibekalkan kepada pesakit jauh lebih mahal dengan yang bleh saya dapat di farmasi.

Mari kita buat sedikit perbandingan.

Di farmasi ada ahli farmasi yang bertauliah. Mereka memberi info secara percuma yang meluas tentang kesihatan dan produk, ubat-ubatan agar pelanggan faham tentang apa yang akan mereka ambil. Di kilinik berbayar, ada doktor yang pakar perubatan yang tahu banyak perkara tentang sakit dan ubat. Mereka memberi nasihat berbayar dan menyarankan ubat-ubatan yang sesuai dan jarang membincangkan tentang beberapa jenis ubat yang sesuai dengan kita.

Farmasi memberi kita pilihan untuk mengambil ubat yang sesuai selain dia memberi nasihat yang detail. Doktor berbayar tidak memberi pilihan kerana 'mereka tahu' apa keperluan kita. Ubat-ubatan di farmasi lebeh murah. Ubat-ubatan di klinik agak mahal kerana di'up'kan harganya. Harga yang kita bayar di farmasi kita boleh tentukan dengan meluhat pada resit lagipun kita boleh tahu harga ubat-ubatan yang diberi. Harga yang kita bayar pada doktor di klinik berbayar, tidak dapat kita pastikan apakah harganya.

Sebab itulah, saya lebih suka memilih farmasi...

Saya ingin membangkitkan persoalan kepada saudara-saudari... Adakah kita sepatutnya menanggung harga ubat-ubatan yang dimahalkan di klinik selain daripada cas perkhidmatan nasihat? Persoalan ini mungkin seperti remeh tetapi senario 'doktor berniaga' ini pada saya agak melampau dan membebankan masyarakat yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan alternatif (selain perlu pergi ke klinik kerajaan yang sentiasa sesak). Pada pandangan saya, doktor-doktor yang membuka klinik sepatutnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata. Ini adalah kerana masyarakat sudahlah terdesak dengan harga barang. Sepatutnya doktor sebagai anggota masyarakat patut memikirkan masyarakat. Mereka berkhidmat untuk masyarakat bukan menindas dan menekan masyarakat. Ramai orang yang memilih klinik berbayar untuk mengelakkan kesesakan di klinik atau hospital kerajaan yang penuh sesak. Doktor-doktor ini masih boleh membuat untung walaupun 'menjual' ubat-ubatnya dengan harga yang sepatutnya. Mereka masih boleh untung dengan cas perkhidmatan nasihat yang diberikan.
Orang awam (macam sayala, walaupun bekerja dan ada gaji, tetapi takut nak ke klinik bayar), mereka memang nak ke klinik tetapi bila memikirkan harga yang perlu dibayar, mereka fikir banyak kali. Sebab tu, bila hujung bulan, kilinik berbayar lengang saja sedangkan klinik kerajaan penuh sesak (kesian... doktor di klinik kerajaan, tak larat2 nak layan pesakit yang ramai sesangat).

Akhir sekali, saya ingin menimbulkan persoalan yang sebenarnya saya nak utarakan... Harga ubat di klinik berbayar : adakah tiada kompromi? Perlukah kita menerima kuantiti ubat yang disarankan atau menolaknya dengan alasan sudah ada ataupun atas sebab lain.

1 ulasan:

mohamadkholid berkata...

saya suka ke farmasi sebab poket..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...