SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Januari 01, 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU BAGAIMANAKAH YANG ANDA MAHU?

TAHUN BARU datang lagi.
kita di sini sibuk nak tengok bunga api.  di negara perang, mereka dah fobia dengar letupan bunga api begini.  letupan begini tidak memberi hiburan langsung kepada mereka.

Tiba-tiba aku terkejut.  Berdentum-dentam bunyi letupan mengejutkan lenaku. Hah, Malaysia kena serangkah? dalam termamai-mamai aku terjaga gelabah tidak terkira.  Dalam benakku memikirkan keselamatan anak-anak dan suamiku.  


inilah magsa perang.  kematian tidak
 memilih mangsanya
Inilah letupan sebenar apabila perang berlaku.  Mahukah kita
jika negara ini jadi begini? Ini boleh berlaku jika kita terlalu
leka dengan pelbagai jenis hiburan dan keseronokan.
Jika berlaku peperangan, di mana kami hendak lari?  Bagaimana hendak bekerja.  Aku baru saja berangan nak cantikkan rumah.  Habislah impianku.  Negara ini akan kucar-kacir seperti di negara bergolak.  masing-masing hidup ketakutan...
Anak kecilku masih tertidur di ruang tamu.  Anak lelakiku sedang menonton.  Suamiku sedang melayari internet.  Anak-anak daraku sudah bermimpi di bilik mereka. 
Rupa-rupanya semuanya masih selamat. Di luar, jelas kelihatan letusan bunga api yang berdurasi tidak kurang dari 5 minit.  Berwarna-warni.  Di Televisyen, sambutan ambang merdeka disiarkan hampir di semua stesyen TV.  Betapa negara ini begitu bangga menggunakan bahan letupan sebagai hiburan wajib bagi merayakan sesuatu yang besar.  Konsert-konsert mewah berskala besar dihidangkan secara percuma untuk meraikan warga yang sentiasa dahagakan halwa hedonisme.  




Lihat saja sampah sarap ini.  Inilah balasan warga kota yang dihadiahkan dengan hiburan percuma.  Di mana sikap pengotor mereka tidak berubahpun tahun demi tahun. malahan tahun inilah yang disifatkan paling buruk.  Apakah untungnya kerajaan menghabiskan wang?  bukankah peruntukan itu digunakan untuk mengadakan kempen atau kursus atau program untuk membentuk sikap rakyat agar jadi warga pembersih dan lebih cintakan alam sekitar.  (Tidak sedarkah mereka, sikap mereka itu menyumbang kepada kerosakan alam sekitar.  bila sampah menyumbat longkang, mengotorkan sungai dan memburukkan pandangan... akan berlaku banjir kilat, mencemarkan sungai dan membusukkan sekitar).  Teruk sekali pekerja Alam Flora membersihkan kawasan Dataran Merdeka. Itu baru Dataran Merdeka.  Di KLCC?  Di negeri-negeri lain?  Pasti banyak wang yang dilaburkan untuk aktiviti hiburan menyambut tahun baru.  MESTIKAH MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN AKTIVITI BERGEMBIRA DAN BERHIBUR SEPERTI ITU?
Masih ramai di negara ini yang miskin
Memang sebeginilah yang boleh berlaku
jika orang miskin sakit sedangkan
kebanyakan hospital swasta di negara
tiada subsidi kerajaan.  Bukankah bagus
bajet bunga api untuk kesihatan rakyat?















Wang yang terbakar bak mercun bunga api itu lebih baik dilaburkan ke saluran yang baik seperti membantu orang miskin, memantapkan motivasi remaja untuk majukan negara, memberi kesedaran tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap keluarga, memberi peruntukan kepada komuniti untuk memberi pelbagai pengetahuan dan ilmu kepada rakyat.  Kita akan lebih mudah diserang dan dijajah apabila kita lalai dengan segala keseronokan dan hiburan yang melampau.  Hiburan percuma tidak perlu.  Semua orang boleh dapatkan hiburan percuma sendiri.  Buat karaoke sendiri di rumah. Saya tidak setuju kerajaan menaja hiburan percuma untuk rakyat.  ya, mungkin ada yang tidak bersetuju kerana memikirkan golongan rakyat miskin juga mahu berhibur.  Di sini, saya sangat tidak setuju.  Si miskin yang sebenar, tidak hiraukan hiburan.  mereka hanya mementingkan keperluan asas demi kelangsungan hidup.  Tidak dapat melihat artis berdansa sambil menyanyi ataupun menyaksikan percikan bunga api yang gah di udara tidak mengapa asalkan mereka dapat makan.  kemudian, dapat hidup dalam suasana aman dan tenang, tidak dihalau atau dihambat dengan hutang piutang ahlong, tidak perlu lari ke sana sini kerana mencari empat tinggal selesa. 

Berbalik pada sambutan Tahun Baru..., aku tertarik dengan cara yang lebih bermanfaat.  Boleh dibaca di blog abang misai
Program begini patutlah disemarakkan.  Agar masyarakat tidak musnah dan terus terjajah dengan hedonisme
Inilah baru betul nak sambut sesuatu perayaan.  sambutan lebih tinggi nilainya jika program itu mengajak orang ke arah kebaikan dan memberi manfaat untuk lebih ramai orang.  yang penting, redha Allah. 
mampukah kerajaan mengawal gejala rempit seperti ini?

mahukah kita melihat suasana begini terus menerus?











atau melihat hal seperti ini?

Aku rasa pasti ada sahabat yang bersetuju dengan aku.  Kawan-kawan boleh membacanya di Link Wardah Munirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...