SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Jumaat, Disember 30, 2011

MERAH CINTA KITA

MERAH CINTA KITA (MCK).  ah, lagi-lagi kisah cinta.  lagi-lagi kisah budak-budak bercinta.  itu kata salah seorang kawan saya, Si A.
"Dah baca ke?" tanya saya.
"Malas. kisah cinta saja."  jawab Si A.
"Ini bukan kisah cinta yang menggalakkan budak-budak bercinta dengan budak-budak lelaki.  tetapi kisah remaja yang penuh dengan cinta di jiwa.  cinta pada pelajaran, cinta pda keluarga, cinta pada persahabatan.  jadi, usah tafsirkan cinta itu dengan pandangan sehala." saya menegakkan MCK.
"Eh, aku dah baca buku-buku siri MCK, siap buat koleksi lagi.  memang aku suka baca sebab ada banyak hal yang aku boleh belajar.  Yang penting, kita rasa santai terhibur," seorang kawan lain mencelah menyokong MCK.
"Bukan sekadar hiburan... tetapi ia mendidik remaja.  juga memberi banyak info kepada bukan remaja seperti kita ibu bapa remaja." saya terus mempertahan MCK.
"Bagilah free."  Jawab si A mencuba nasib.
"Dapat free memang la seronok.  akupon mahu free.  tapi kalau dapat free pun tak guna kalau kau tak suka baca." Kawan yang menyokong MCK berkata menempelak sikap Si A.  
"Kau sorang saja tak mahu beli.  Orang lain berebut nak tahu dan milik MCK." jawab saya sambil melihat wajah Si A.
"tengok penulis dan editor buku ini pun dijemput stesyen radio pasai siri ni memang gempak!" Kawan saya terus menyokong.
"Kalau tak percaya, cubalah taip di carian, MERAH CINTA KITA.  Pasti ada banyak dalam internet."  Saya membuat saranan dengan yakin.  Kawan saya menyokong walaupun Si A masih terlopong. 


hehehehe pasti Si A sudah mula terpengaruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...