SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Ahad, Ogos 07, 2011

PENGEMIS DAN RAMADHAN

Memang bagus bulan ini kita banyakkan bersedekah. dan jika mahu bersedekah, eloklah di masjid atau kepada orang yang benar-benar kita yakin yang dia benar-benar layak menerima sedekah. Bagaimana jika orang yang meminta-minta? Seperti pengemis, contohnya. BERILAH, jika kita yakin dia layak diberi.

pengemis ini sedang membuka kaki palsunya untuk tujuan 'berlakon' sebagai kerja tetapnya. Ini berlaku di Kota Damansara, diambil dari laporan Mazidul Awang Sidek
hal yang sama saya nampak terjadi di pasar malam PUCHONG Indah, dekat dengan tempat kerja saya. saya lihat sendiri dia datang dari tempat parking belakang pasar malam iaitu tempat yang kurang sibuk dengan pengunjung pasar (mungkin seseorang menurunkannya di jalan belakang itu). Kemudiannya duduk bersiap, ketika itu saya baru lepas parkir kereta.
si pengemis sikitpun tidak malu apabila saya lihat aksinya (bermakna tembelangnya saya tahu). dia siap senyum-senyum bangga lagi. Anak saya bertanya hairan, kerana tadi orang itu kelihatan boleh berdiri. "mak, mengapa orang itu buat begitu?" Saya menjawab, "Dia mahu menipu orang ramai." jawab saya sambil memerhatikan 'si pengemis buatan' itu pergi mengesot-ngesot dengan perasaan geram.
ketika ini Mazidul mengikut lelaki ini. maknanya, si pengemis melarikan diri kerana 'tembelangnya pecah'.

Wahai kawan-kawan budiman, tanyalah kepada diri sendiri, adakah anda rela sipenipu terus menipu dan menipu dan anda adalah salah seorang yang kena tipu itu. ada ramai orang cakap jangan aibkan orang (termasuklah pengemis yang menipu), tetapi mahukah kita menjadi penyokong kepada para penipu agar mereka menjadi lebih berani dan bangga menipu orang.

akhirnya dia dibawa semula oleh Mazidul ke bazar ramadhan Sek 7 Kota Damansara setelah Mazidul berjaya menangkap dan memaksanya untuk kembali ke bazar itu. (ada orang marah kerana tindakan Mazidul dikatakan mengaibkan lelaki itu). Bagi saya, tindakan Mazidul itu lebih baik kerana dia berusaha menyedarkan orang ini agar tidak menipu lagi dan memberi INGATAN kepada orang ramai agar tidak tertipu sekurang-kurangnya dengan orang yang sama!

Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada dri sendiri, bersedekah itu amalan yang amat mulia. orang meminta, kita harus (digalakkan) memberi. Masih terlalu ramai yang layak untuk diberi sedekah contohnya anak-anak miskin di sekolah saya. Adakah kita masih perlu bersedekah, jika kita sudah tahu orang itu mahu menipu lebih ramai orang, HARUSKAH DIBIARKAN? Sesungguhnya, kita ada hak untuk menegurnya. Jika penipuan masih juga berlaku, kita pula harus memberi amaran kepada saudara-saudara kita agar tidak terus ditipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...