SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Khamis, Julai 07, 2011

MALAM INI PASAR MALAM

MALAM ini aku dan encik abe ke pasar malam. Nak beli buah. Dan lauk juga nasi (ops tak masak hari ni). Semasa membeli buah, kedengaran seorang lelaki bercakap pelat 'mat salih' di belakangku. Ah, kecoh betul lelaki ini! Cakap kuat-kuat macamlah dia sorang saja nak beli buah... itulah kali pertama yang terlintas di fikiranku. Aku memilih buah manggis, dia juga kecoh merasa dan mahu membeli buah 'tempatan' katanya. Aku menoleh ke arahnya, ah, dia lelaki yang datangnya dari sebelah Arab. Aku terasa terpanggil untuk menegurnya.
"Where are u from?" Walaupun Bahasa Inggerisku tidaklah begitu bagus, aku bertanya sekadar ingin tahu. Kalau orang sebelah Iran atau Iraq, memang mereka suka dengan suasana hidup di Malaysia. ini pernah diakui oleh seorang warga Iran yang kutemui semasa membeli belah yang sibuk mahu tahu nama sayuran dan cara memasaknya.


"Saya datang dari Iran. Ini isteri saya. Kami sama-sama dari Iran." lelaki itu menjawab bangga memperkenalkan kewarganegaraannya. Aku jadi termalu sendiri. Aku tanya dalam Bahasa Inggeris, dia jawab dalam Bahasa Melayu.
"Wah, sudah berapa tahun kamu tinggal di Malaysia?" Aku memang kagum dengan kemahiran berbahasanya siap tahu peribahasa Melayu, walaupun pelat lidahnya masih ketara.
"Sudah ampat tahun," katanya sambil mengangkat jari dengan bilangan empat. "Saya suka cakap Bahasa Melayu. Saya memang sudah pandai betul cakap Bahasa Melayu. Isteri saya hanya tahu berbahasa Inggeris! Dia ini tak begitu pandai bercakap Bahasa Melayu, sebab itu dia jadi malu." lelaki Iran itu mengisyaratkan ibu jari ke arah isterinya yang cantik. Yalah, hidung tinggi, mata arab! Isterinya menjelingnya sambil senyum-senyum. Mungkin benar dia segan kerana tidak fasih berbahasa Melayu.
"Hebat, bagusnya awak pandai Bahasa Melayu." Aku tidak melepaskan peluang memberi penghargaan padanya. Lelaki Iran itu ketawa bangga.
Bangga, kerana dia orang asing fasih cakap Melayu. Dia gembira dengan makanan tempatan dan banyak berkawan dengan orang tempatan hanya kerana dia pandai berbahasa Melayu. agaknya, dia gunakan kemahiran berbahasanya itu untuk tawar menawar dalam urusan membeli belah.
"Orang luar pun sibuk nak bercakap Melayu. Orang kita ada yang sesama sendiri pun berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris," aku berkata kepada Encik Abe sebaik saja meninggalkan gerai buah-buahan itu. Tidak salah bercakap Inggeris jika dengan tujuan belajar dan memantapkan penguasaan. Tetapi, jika sekadar berbahasa Inggeris kerana nak perasan 'high class', saya memang tidak setuju.

Hm, sebelum pulang, aku tertarik pada satu gerai jualan. Aku terasa tidak percaya. Aku mendekati. membelek. Sah! kanta lekap juga dijual di pasar malam! hahahah baru aku tahu.
Patutlah sekarang ini, bibik tukang sapu sampah kat sekolah juga boleh pakai kanta lekap warena ungu. Esoknya, dia tukar warna pula menjadi biru.
"Eh, awak ni... nak beli ke?" Encik Abe bertanya. Bukan dia cemburu atau takut aku membelinya. Tetapi dia tak mahu aku buang masa membelek benda yang aku tak mahu beli. hahahaha
sampai balik aku teringat kanta lekap pasar malam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...