SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Selasa, Jun 21, 2011

Ada apa dengan ILMU dan HARTA?

Seorang nenek sedang membaca kitab.  Tidak jauh darinya ada tiga orang cucunya sedang belajar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru siang tadi.  Ibu dan bapa tiga kanak-kanak itu sudah berpesan kepada si nenek agar memastikan kanak-kanak itu belajar dan bukannya menonton televisyen.
Tiga kanak-kanak itu ialah seorang abang yang sulung bersama dua orang adik perempuan kembar.  Tiba-tiba, si kakak marah-marah kepada adiknya.  Si adik meradang menangis. Si abang marah-marah kerana tumpuan belajarnya terganggu.  apabila sudah kecoh-kecoh begitu, si nenek pun terpaksa campur tangan.
"Mengapa kamu ni..."  si nenek mahu menenangkan cucu-cucunya.
"Adik mahu tiru kakak." sahut si kakak tidak berpuas hati.
"Adik sudah tanya abang, abang tak mahu ajar adik.  adik tak tahu buat soalan ini.  adik nak tiru kakak, kakak tak izin,"  Si adik menangis-nangis.
"Kenapa kamu tak izinkan?"  tanya nenek kepada kakak.
"Dia malas belajar.  dia asyik mahu tiru kakak saja."  Si kakak tidak berpuas hati.
"Kalau begitu, kenapa adik tak tanya abang.  abang tak tahukah?"  tanya nenek kepada si adik.
"Abang pun tak mahu ajar.  abang kata, kena belajar sendiri kalau nak pandai.  abang dahulupun tak siapa yang ajar.  dia belajar sendiri."  adik ternyata tidak berpuas hati dengan sikap sombong abangnya.  abangnya sedikitpun tidak mahu adiknya itu pandai.  begitulah rungut si adik.
"Yalah, kalau tak ada usaha, bagaimana mahu berjaya?  Lain kali, janganlah malas belajar."  kata si abang mahu membetulkan sikap adiknya.
"Dia ni dalam kelas, main-main saja, nek!  sebab itulah kakak tak mahu dia tiru kakak.  biar padan muka dia kena marah sebab tak tahu buat kerja."  Kakak lebih suka jika adiknya kena denda.
"Hm, nampaknya, kamu semua ni nak kena dengar cerita nenek..."
"Cerita apa pula nek?"  si kakak kehairanan nenek mahu menyelesaikan masalah pergaduhan mereka dengan bercerita.  kalau ayah atau ibu mereka, pasti mereka kena marah jika bergaduh begitu.
"Ok... Malam ini nenek mahu bawakan satu cerita...  kisah seorang kaya dan si miskin.  si kaya ini kedekut.  walaupun mereka tinggal berjiran, si kaya tidak pernah bersedekah kepada si miskin.  suatu hari, si miskin ingin belajar ilmu berniaga daripada si kaya.  tetapi si kaya masih kedekut hendak memberikan ilmunya.  Si miskin menyatakan ilmu yang diberi si kaya nanti tidak akan merugikan si kaya.  si kaya tidak bersetuju.  si kaya berkata bahawa ilmu yang dibahagikan akan habis seperti harta juga."
"Habis tu? apa jadi selepas itu, nek?"

"Mereka bertemu dengan seorang kawan dan melantiknya sebagai pengadil.  setelah mengetahui segala cerita, si pengadil memutuskan bahawa dakwaan si miskin benar.  namun, si kaya tidak berpuas hati."
Si pengadil yang bijak itu meminta supaya si kaya mengeluarkan wang berjumlah tiga ribu ringgit.  lalu, diminta dia membahagikan wang itu kepada tiga orang iaitu si miskin, pengadil dan si kaya sendiri.  masing-masing ada seribu ringgit.  kemudian, si miskin mengajarkan cara-cara mengenali seekor anak kambing jantan dan anak kambing betina."
"Siapa yang betul nek?"  tanya si kakak tidak sabar.
"Ha, kejap... belum habis cerita lagi..."  nenek tersenyum apabila semua cucu-cucunya mengadapnya dengan penuh minat.
"Setelah siap mengajarkan ilmu mengenal jantina kambing..., si pengadil bertanya kepada si kaya..."adakah wangmu berkurang sekarang?"  "ya," jawab si kaya.
"Adakah pengetahuanmu tentang mengenali jantina kambing ini berkurangan?"
"Tidak.  malahan aku terasa ilmuku bertambah mantap."
"Cuba jelaskan." pinta si pengadil.
"Sebelum ini, kau berdua tahukah cara mengenali jantina anak kambing?"  tanya si miskin.
"Tidak." jawab si kaya dan pengadil serentak
"Adakah sekarang kamu tahu?"
"Ya," jawab si pengadil.  Si kaya diam sahaja.
"Setelah aku membahagikan ilmuku, ilmuku masih utuh di dadaku.  sekarang, ilmu yang sama juga ada pada kamu berdua," si miskin berkata dengan yakin.
"Nampaknya si miskin yang benar.  orang kaya, kamu hendaklah banyak menuntut ilmu agar kamu lebih bersikap terbuka.  kamu juga boleh mengajarkan ilmu perniagaan kepada si miskin untuk membantunya mencari nafkah."  kata si pengadil menasihati si kaya yang sentiasa sibuk dengan urusan hartanya.
oleh itu, cucu-cucu...
kita jangan kedekut ilmu, tak berkat nanti...," kata nenek kepada semua.
"Tapi nek..., adik ni malas.  dia meniru kaka tak minta izin!"
"Adik, kalau kita mahukan sesuatu, kita kena minta."
"Ah, takkanlah nak berkira.  bukankah ilmu itu tidak luakpun.  kakak tetap pandai.  bukan rugipun kalau adik tiru."
"tak rugipun, itu hak dia.  kita nak hak orang, kena minta.  tak baik tau, mencuri ilmu orang."
Si abang yang dari tadi asyik mementingkan diri sendiri, termenung panjang.
"kenapa termenug?" tanya nenek.
"betulkah jika kita kedekut ilmu, ilmu tu tak berkat?"
"Begini, kalau kita mahu ilmu kita tu semakin melekat pada diri kita, kita kena amalkan dengan mengajarkannya kepada orang lain.  kita akan semakin faham dan orang juga semakin tahu."
Malam itu, sebelum tidur, si adik bertanya kepada abangnya....
"abang, mengapa nenek bercerita begitu tadi?"
"Abang faham beberapa perkara.  pertama, ilmu mesti disebarkan, jangan kedekut ilmu.  kedua, kita tak boleh guna ilmu orang jika tidak ada keizinan. ketiga, ilmu di dada tidak luak walaupun diajar kepada orang lain.  keempat, harta akan habis jika dibahagi-bahagikan, sebaliknya ilmu tidak."
si adik dan kakak diam dan berfikir sendiri sebelum tidur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...