SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Isnin, Mei 04, 2009

BUDAYA BERSAPA (KAWAN LAMA)






Barangkali tak ramai yang sedar, budaya sudah merubah cara berfikir kita. Mari kita lihat dan hayati contoh situasi ini. Ni kawan lama dah bertahun2 tak jumpa. Dulu2 akrab sangat, sampai boleh kongsi teh sebungkus.



A: Lama tak nampak? kau ok ke sekarang. (hulur tangan berjabat salam)

B: Sihat. bolehla sikit2 (perasaan gembira ditegur kawan baik)

A: Kerja mana sekarang. masih di tempat lama ke? atau *sudah naik pangkat?


B: dah berhenti kerja. Buat kerja sendiri. Eh, kau kerja mana sekarang? *dah pakai kereta apa?


A: Aku dah tukar kereta. kereta lama jual dah. Hah, kau *dah beli rumah ke. kat mana kau tinggal?


B: Aku tinggal kat kawasan Bangsar. Beli rumah kat situ. rumah teres berkembar.(dengan rasa bangga)

A: Wah... hebat kau sekarang! *buat bisnes ke
B: Adalah sikit-sikit... eh,kau buat bisnes apa?
A: Aku bisnes dengan Datuk X, buat networking.
B: Oh, boleh tahanla kau ye... *Anak kau dah berapa sekarang?
A: Anak dah empat. Dah sekolah semuanya. Kau pula?

Begitulah yang biasa berlaku sekarang. perkara yang mula2 orang nak tahu bukan lagi tentang perkembangan keluarga tetapi adalah pencapaian duniawi. harta ditafsir dalam dua konotasi berbeza. kalau dulu budaya orang tua2 zaman mak2 ayah kita, *'harta' berharga adalah anak-anak. ukuran kejayaan orang2 tua adalah ukuran sosial berkisarkan kejayaannya mendidik anak-anak menjadi masyarakat berguna. namun, hari ini ukuran kejayaan itu sudah berubah kepada ukuran material.
Jadi, hari ini budi bahasa bukan lagi menjadi keutamaan. tahap hormat orang pada orang lain juga berdasarkan 'kekayaan' hartanya. ilmu yang dimiliki juga kurang dihiraukan. kalau banyak harta dan tinggi budi bahasa lagi la bagus. sesungguhnya manusia ini boleh saja berubah2.
Hmm, tengokla lembu yang kita selalu anggap bodoh. mereka tak pernah pun memandang rendah sesama sendiri jauh sekali merasa bangga dengan apa yang mereka ada. walaupun antara mereka tak ada harta ataupun yang belum ada anak dengan yang beranak banyak... mereka sesama mereka, sama saja... hahahah

3 ulasan:

  1. tu kira nasib baik tu - ada seorang kawan aku dah naik pangkat cuma hai-hai bye-bye je dengan aku - tu pun mujur hai-hai bye-bye!

    BalasPadam
  2. salam kholid
    memang biasalah orang melupakan kita bila naik pangkat. moga kita tidak lupa diri jika dikurniakan kelebihan rezki.

    BalasPadam
  3. dunia material mmg begitu....

    Orang tanya benda2 begitulah kalau jumpa....

    Kalau orang bujang pula, bila berjumpa kawan2 yg dah kahwin, akan bertanya, "Hang bila nak kahwin?"

    Ini yang jadi aku malas nak jumpa kawan2 yg dah kawin ni... hahaha...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...