SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Sabtu, Mei 21, 2011

ada apa dalam novel JUTAWAN Nasi Lemak?


Jutawan Nasi Lemak
Hanisah Othman
RM 12.90
ISBN: 978-967-0184-66-1
~272 hlm
Bahasa Melayu
Kegembiraan Musnad tinggal bersama-sama neneknya di kampung semakin berkurangan tatkala terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan yang nakal. Sehinggakan dia digelar sebagai ‘Jenglut’ apabila berada di sekolah!Apabila semuanya berjalan lancar, tiba-tiba sesuatu yang buruk berlaku. Musnad dipanggil oleh guru disiplin sekolahnya untuk disoal siasat! Apakah yang berlaku? Adakah kejadian itu menyebabkan Musnad tidak dapat meneruskan impiannya?Musnad terus berusaha dan menyahut cabaran ibunya dengan menjual nasi lemak.Apakah rahsia Musnad mendapat gelaran jutawan nasi lemak?
Tarikh Terbit: 30 Mei 2011.

Che Aida Dollah : wajib beli.

Buku Prima : Betul tu! Kisah yang menyentuh jiwa remaja. Penceritaan yang sangat ikhlas daripada hati nurani penulisnya yang juga seorang GURU. Rasanya masih belum terlewat untuk uncapkan Selamat Hari Guru Puan Hanisah Hasina Nam. Kami kira dengan terbitnya novel remaja ini, ia menjadi salah satu hadiah yang bermakna buat penulisnya. Tahniah!

Shida Mitsu : Ya, wajib beli! Kisah yang sangat menarik yang akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk menjadi JUTAWAN!!!hehe....


Kata saya: Musnad, watak dalam novel ini adalah kanak-kanak biasa berwatak bulat. namun, dia memiliki sifat-sifat dan sikap yang patut dicontohi oleh kanak-kanak lain. di samping itu, dia mempunyai cita-cita dan bakat. setiap ibu bapa patut mengenali jiwa Musnad. Musnad adalah wakil kepada semua kanak-kanak. dan sudah pasti semua kanak-kanak patut berkenalan dengan Musnad dalam JUTAWAN NASI LEMAK!

1 ulasan:

hanisah berkata...

silalah tuan puan ke link ini untuk order.... http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=382

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...