SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Rabu, Jun 15, 2011

ADA APA cerita SERAM ni?

Sebentar tadi saya tertonton TV3.  rancangan 360.  isunya/ tajuknya kisah2 seram.  
Hai, apa rasionalnya 360 muatkan kisah2 seram?  Adakah untuk memeriahkan lagi cerita-cerita seram atau filem seram di pasaran, tv atau seumpamanya?  adakah untuk mempromosi rancangan2 yang terdapat di salurannya?  sungguh ini bukan niat saya mengkritik TV3.  Saya cuma sedikit jengkel apabila terlalu banyak cerita hantu dilambakkan seolah-olah mahu mendidik masyarakat supaya percaya adanya makhluk lain di dunia ini, kita sepatutnya takut akan kehadiran mahkluk2 ini?
Perhatikanlah...
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Surah ALJINN ayat 6. 


Persoalan : Adakah cerita2 hantu ini akan menambahkan keinsafah kita sebagai manusia agar tidak menjadi hantu?
atau : Adakah cerita-cerita hantu ini demi untuk mengingatkan kita akan kekuasaan Allah untuk kita lebih takutkan ALLAH?

ataupun : Adakah cerita-cerita seram ini mahu mendidik kita agar TAKUT akan HANTU daripada takutkan TUHAN?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...