SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Isnin, Mei 19, 2008

CERITA SI MISKIN DAN SI KAYA 2


SI MISKIN dan Saudagar Kaya masih lagi berjiran. Setiap hari Sudagar membilang wangnya yag semakin bertambah. Perniagaannya semakin berjaya. Namun hatinya sering bimbang. Dia bimbang jika dirinya dirompak. Paling malang, jika keselamatan dia dan isterinya terancam.

Si Miskin masih lagi hidup seperti dulu. Anak-anak Si Miskin masih lagi kekurangan makanan. Sungguhpun begitu, mereka masih lagi bergembira seperti dahulu. Si Kaya sentiasa mendengar suara gelak tawa dan gurau senda Si Miskin sekeluarga. Dia amat cemburukan kehidupan Si Miskin. Dia mula memikirkan cara untuk mengganggu kebahagiaan Si Miskin.
Suatu hari, Si Kaya pergi ke rumah Si Miskin. Dia membawa sepeti duit.
'Kau tidak perlu lagi bersusah payah bekerja sebagai tukang kasut. Aku mahu mengupah kamu dengan bayaran yang lumayan untuk menjaga hartaku ini.' Saudagar kaya membuat tawaran kepada Si Miskin.
Si Miskin senang hati. Dia menerima tawaran itu.
Mulai hari itu, Saudagar kaya tidak perlu lagi mengira wang dagangannya. Dia serah semuanya kepada Si Miskin yang jujur itu. Dia pulang ke rumah dengan lapang dada dan fikiran sambil berbual-bual dengan isterinya.
Sebaliknya, Si Miskin yang menyangkakan kerjanya mudah, mula merasakan tekanan dalam menjalankan tanggungjawabnya. Dia sentiasa resah dan bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya. Bagaimana kalau harta saudagar kaya itu dicuri? Tentu dia yang mesti menggantikannya. Bagaimana kalau dicuri? Akhirnya, Si Miskin tidak lagi dapat bergurau dan berbual dengan keluarganya. Anak-anaknya sering dimarahi. Mereka tidak lagi hidup bahagia.
Suatu hari, Si Miskin berfikir panjang. Akhirnya dia membuat keputusan untuk memulangkan semula wang Saudagar kaya.
'Mengapa kau tidak mahu bekerja denganku lagi?' Saudagar Kaya ingin tahu.
'Hartamu ini membawa susah pada kehidupanku. Aku lebih senang jadi tukang kasut dan hidup seperti dahulu.'
Sedarlah saudagar kaya bahawa kekayaan yang dimiliknya menjadikan dirinya tidak bahagia. Betullah kata Si Miskin itu. Dia berfikir lagi, agaknya, sikapnya yang sombong dan kedekut menjadikannya tidak gembira.
Mulai hari itu, hidup Si Miskin kembali ceria. Manakala Saudagar kaya telah berubah sikap. Sebahagian keuntungan hasil dagangannya disedekahkan kepada fakir miskin. Dengan cara itu dia dapat menikmati kehidupan yang ceria sebagaimana yang dialami oleh jirannya Si Miskin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...