SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Isnin, Mei 19, 2008

CERITA SI MISKIN DAN SI KAYA 1


Seorang saudagar kaya tinggal bersama isterinya di sebuah rumah (macam istana) di atas bukit. Jirannya adalah sebuah keluarga miskin yang tinggal dalam sebuah pondok buruk di lereng bukit. Adapun saudagar kaya ini sering tidak senang hati. Setiap hari dia mengira wang hasil dagangannya. Dia tahu kekayaannya semakin bertambah. Tetapi hatinya sering tidak bahagia. Saudagar kaya itu amat hairan dengan hidup si miskin sekeluarga.
"mengapa keluarga miskin itu kelihatan sentiasa gembira ?" Saudagar itu amat hairan. Diapun berikrar mahu menyiasat...

Suatu petang, saudagar kaya turun ke lereng bukit di mana terdapat pondok buruk Si Miskin sekeluarga tingga. Dia mahu memerhati cara hidup Si Miskin.
'Pasti Si Miskin ini ada rahsia.' Dia berbisik pasti. Ketika itu Si Miskin yang kerjanya membaiki kasut terpakai sudah pulang ke rumahnya.
Setelah Si Miskin mandi, dia bersolat jemaah. Kemudian mereka makan malam. Setelah makan, mereka berbual dan bercerita. Saudagar kaya amat cemburu dengan kemesraan dan kebahagiaan Si Miskin bersama isteri dan anak-anaknya.
"mungkin juga aku tiada anak, menyebabkan aku tidak bahagia" Saudagar membuat kesimpulan.
Esoknya, saudagar kaya datang ke rumah Si Miskin. Dia mahu memohon kebenaran untuk membawa seorang anak Si Miskin untuk tinggal di rumah besarnya selama seminggu. Pada mulanya, Si Miskin ragu-ragu dengan hasrat jirannya yang tidak pernah menegurnya, tetapi akhirnya dia membenarkan.
Sehari anak Si Miskin di rumah saudagar, dia rasa gembira kerana saudagar itu menghadiahkannya barang-barang yang mahal. Masuk hari kedua dan seterusnya, anak Si Miskin mula terasa rindu akan keluarganya. Anak Si Miskin kerap termenung dan kelihatan sedih. Saudagar kaya masih tidak rasa gembira walaupun dia sudah mempunyai anak.
'Nampaknya kehadiran anak dalam hidupku juga tidak mendatangkan kegembiraan. Lebih baik aku pulangkan saja anak ini kepada keluarganya. Lagipun buat apa aku menjaga mereka dengan percuma?' Si saudagar kaya itu mula merungut.
Akhirnya, Si Kaya itu menghantar anak itu kepada keluarganya kembali. Si Miskin yang juga merindui anaknya itu. Si Miskin gembira kembali gembira dan ceria bersama anak-anak serta isterinya.
Saudagar yang kaya itu membuat kesimpulan: kebahagiaan dan kegembiraan tidak boleh dibeli dengan harta yang banyak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...