SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Jumaat, Februari 27, 2009

MENULIS KISAH HIDUP SENDIRI?



PAGI INI aku terima mesej. Novel kau tu ayatnya agak bagus dan plotnya lancar. kisah benar sendiri? HAH!

Hahahah



Baik aku tulis bibliografi.
Merujuk kepada novel pertamaku, Menuju Puncak, aku memang menulis berdasarkan pengalamanku (aku tidak punya banyak modal lain untuk menulis masa tu kerana masa suntuk dan pengalamanku terhad). tetapi bukan kisah peribadiku. sikap dan cara pemikiranku memang ada dalam novel itu. sesiapapun dapat mengenal cara fikirku di sana.


Kawan-kawan di tempat kerjaku, adik kakak ipar juga membaca, mereka fikir watak Wafa' itu adalah aku. tapi bila baca tengah lagi, eh bukan pula . Eh, Wafa ni kawan kau ke? tanya depa. hahahha.



Dua tiga minggu lalu ada kawan tanya kenapa tak tulis lagi. aku cakap, menulis perlukan bahan. Eh, menulis perlukan kemampuan merekacipta dan imaginasi sudah cukup kan. lainlah buat penulisan kajian, katanya. Aku cakap, aku juga penulis ilmiah - buat tugasan hantar kepada pensyarah perlukan fakta. bukan main reka2. tetapi cara penyampaian mestilah berkesan. samalah dengan menulis karya rekaan. Sebab itu kita boleh dapat A dalam tugasan. (hmm, menulis blogpun kena berfikir walaupun aku menulis di blog tidaklah seserius mana)


Menulis karya yang diterbit-cetakkan, bagiku perlu berfikir dan mengajak orang berfikir. bukan sekadar hidangan kisah yang diceritakan semata-mata.

Catatan : Gambar Mawi dan anakku di atas tidak ada kena mengena dengan penulisanku. hohohoho



LALU aku terfikir, selepas ini, aku mau jadi penulis ilmiah. buat kajian dan menulis.


hehehe (Angan-angan ni...)


15 ulasan:

  1. Oo... menulis novel sebegini adalah dalam kategori penulisan Andalan.

    Gunalah teknik Pengandalan Peristiwa SEPERTI MANA yg banyak terdapat dlm jibunsyi di Jepun...

    Malaysia pun dah ada, PTS yg mempeloporinya...

    BalasPadam
  2. hmm, Naim, saya ada pergi ke taklimat penulisan jibinsyi PTS dulu tapi saya rasa macam tak dapat ikutla cara tu. ntah, macam xkena dgn jiwa dan cara saya. mungkin juga saya belum memahami, meneliti dan mencubanya. mana tahu di masa akan datang, corak pemikiran kita boleh berubah

    BalasPadam
  3. Teruskan usaha untuk berkarya...jangan putus asa...cayuk...hehehe

    BalasPadam
  4. Hanisah, selamat berkarya, diucapkan. Apa2 pun yang penting kita kena kuatkan semangat. Fokus dan mudah2an jalan yg ditempuhi tidak sukar..

    Zai

    BalasPadam
  5. teknik begitu amat bagus

    BalasPadam
  6. askum dan salam nurani.fadli akiti memang seorang penulis yang bertuah kerana ramai yang sudi menjenguk blognya.hanisah othman pula,begitu prihatin dengan blog blogger-blogger yang lain.sudah banyak kali saya terbaca komentar-komentar akak di blog fadli.bukan saja akak,malah komentar-komentar saya juga pernah disalahertikan.tapi,buat apa pula saya nak terhiris hati dengan kata-katanya itu?sedangkan saya pun belum mengenalinya sepenuhnya.huk..huk..hak masing-masing.oh,ya!sudah banyak kali saya buka blog akak ini.mahu ditinggalkan komen,tiada pula ruangan shout mix yang muncul.jadi,sebab itulah saya komen saja dalam ruangan entri ini.mana gambar akak?saya nak tengok juga tuan empunya blog ini.oh,ya!bila free,sudi-sudilah juga jenguk-jenguk dan komen blog saya ya!

    sekian-askum,salam nurani,salam perkenalan dan salam singgah...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama20 Mac, 2009

    Ilyah, terima kasih kerana sudi mendoakan. seribu kali saya mendoakan kejayaan anda juga dan eribu kali saya berharap doa2 yang baik untuk saya. Kak Zailina, saya sangat berbesar hati kerana sudi menjenguk ke sini. suatu hari saya ingin bertemu. aliff yang macho, terima kasih sudi menjenguk,kak juga ada berkunjung ke blogmu.
    Syarifah, ya... dalam dunia sastera ni, kita boleh jupa org yg macam2. sebab itu ada seorg anak penulis hebat dalam sembang2nya ckp dia pelik dengan org2 sastera yg ego tak menentu. Mungkin juga jiwa mereka terlalu sensitif. tapi, kita sebagai hamba Allah yang meminjam segalanya dariNya usahlah terlalu bangga melainkan menjaga dan menguruskan bakat dan anugerah Tuhan itu ke jalan yang baik dan benar. Ah, akak ini pun kdg2 tak betul... tentang fadli tu, akak memang pnah kenal dan jupa dia. tak sangka pl dia begitu di alam siber. dah kenal akak kot (panggilan akak pun da digugurkan...). InsyaAllah kita akan berjumpa suatu hari nanti dan kalu kenal akak, jgnla malu tegur tau... akak pun selalu terjumpa nama syarifah di mana2.
    Salam untuk semua....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama20 Mac, 2009

    Assalamualaikum. moga sukses berterusan untuk semua.

    BalasPadam
  9. Salam Kak, cerita apakah ini?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...