![]() |
kita di sini sibuk nak tengok bunga api. di negara perang, mereka dah fobia dengar letupan bunga api begini. letupan begini tidak memberi hiburan langsung kepada mereka.
|
![]() |
inilah magsa perang. kematian tidak memilih mangsanya |
![]() |
Inilah letupan sebenar apabila perang berlaku. Mahukah kita jika negara ini jadi begini? Ini boleh berlaku jika kita terlalu leka dengan pelbagai jenis hiburan dan keseronokan. |
Anak kecilku masih tertidur di ruang tamu. Anak lelakiku sedang menonton. Suamiku sedang melayari internet. Anak-anak daraku sudah bermimpi di bilik mereka.
Rupa-rupanya semuanya masih selamat. Di luar, jelas kelihatan letusan bunga api yang berdurasi tidak kurang dari 5 minit. Berwarna-warni. Di Televisyen, sambutan ambang merdeka disiarkan hampir di semua stesyen TV. Betapa negara ini begitu bangga menggunakan bahan letupan sebagai hiburan wajib bagi merayakan sesuatu yang besar. Konsert-konsert mewah berskala besar dihidangkan secara percuma untuk meraikan warga yang sentiasa dahagakan halwa hedonisme.