SEJELITA DI HATI

INSAN BIASA Mengharapkan bahagia menumpahkan ilham yang dipinjamkan TUHAN di dada siber.

Khamis, Ogos 21, 2008

SAJEN CIKGU

CITA-CITA MURID-MURIDku


Tahun 70an

Cikgu Jelita pun bertanya pada murid-muridnya

“besar nanti nak jadi apa?”

Jawab anak murid 1:-

“saya nak jadi doktor. Bila cikgu tak sihat boleh saya rawat.”

Jawab anak murid 2:-

“saya nak jadi guru macam cikgu. Saya nak ajar orang sampai pandai.”

Bangga sungguh Cikgu Jelita jadi cikgu masa tu.


Tahun 90an

Cikgu Jelita pun bertanya lagi pada murid-muridnya

“besar nanti apa cita-cita?”

Anak murid 1 menjawab:-

"saya nak jadi artis popular. Boleh dapat gelaran datuk dengan mudah.

Kalau tidakpun dapat kawin datuk yang kaya!”

Anak murid 2 menjawab:-

"saya nak jadi racer terhandal macam abang-abang saya. Biar ramai awek cun boleh saya bawa. Tentu glamer kalau dapat berlumba tiap malam minggu.

Naik semput Cikgu Jelita mendengarnya.


Tahun 2000an

Cikgu Jelita bertanya untuk satu tajuk karangan

“apa cita-cita kamu bila dewasa nanti”.

Terang anak murid 1:-

"saya nak jadi bisnesman. Apa-apa saja saya jual. Kalau minyak naik, saya naikkan harga. Orang pun boleh jual asalkan rela. Janji saya dapat untung dan kaya raya.”

Anak murid 2 pula:-

“saya nak jadi peguam. Siapa ada masalah boleh jumpa saya. Saya akan tolong asal boleh bayar mahal. Tak ada masalah, boleh timbulkan kes. Kalau ada cikgu yang dera anak saya, saya boleh saman.”


Terus pengsan Cikgu Jelita setelah mendengar jawapan-jawapan itu.



isk isk isk....!


sajen ini telah disiarkan di www.esastera.com

2 ulasan:

  1. Terima kasih, kak sudi jenguk blog saya. Lama tak dengar berita. Ingatkan kak sudah lupakan saya. Ternyata masih ingat. :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22 Ogos, 2008

    1 lagi -saya nak jadi ahli sukan, supaya boleh dapat 1 juta! hehehe

    sf

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...